Anak Malaysia

Saturday, November 7, 2009

Golf Amal Piala Tuanku Munawir 8hb November, 2009


Golf amal pertabalan Yang di-Pertuan Besar NS

Oleh Meor Hisham Zulkifli

SEMPENA pertabalan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir satu kejohanan Golf Amal Piala Tuanku Munawir akan diadakan, esok memungut derma Yayasan Munarah bagi menjalankan aktiviti kebajikan.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Tunku Datin Annie Dakhlah, berkata kejohanan itu mendapat sambutan menggalakkan dengan lebih 160 peserta akan mengambil bahagian di lapangan golf Nilai Springs Golf & Country Club, Nilai.

“Kita berhasrat mengumpul lebih RM150,000 untuk disumbangkan kepada yayasan berkenaan. Yayasan itu dinaungi Tuanku Muhriz sendiri,” katanya pada sidang media bersama penaja di ibu negara semalam.


Beliau berkata, Yayasan Munarah adalah yayasan kebajikan Keluarga Diraja Negeri Sembilan yang baru ditubuhkan dan nama yayasan itu adalah sempena nama Tuanku Munawir dan Almarhumah Tuanku Durah.

“Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sembilan serta syarikat korporat yang bersetuju membuat sumbangan serta mengambil bahagian dalam kejohanan ini,” katanya.