Anak Malaysia

Tuesday, December 21, 2010

Azizulhasni wins Keirin GOLD at WCC Cali, Colombia

Datuk Naim Mohamad with YSD Track Cyclist Mohd Azizulhasni Awang

Azizul receiving a grand applause from the spectators

Mohd Azizulhasni Awang preparing for the Race

Monday, October 11, 2010

Pelumba Berbasikal Negara mengukir sejarah diCWG 2010

SUKAN

Sejarah baru tercipta


(DARI kiri) Josiah, Azizulhasni dan Rizal menyumbang pingat gangsa dalam acara pecut berpasukan pada Sukan Komanwel 2010 kelmarin.


SKUAD lumba basikal trek negara masih mampu berbangga dengan pencapaian mereka pada Sukan Komanwel 2010. Kejayaan memenangi tiga pingat - masing-masing satu emas, perak dan gangsa dianggap seba- gai suatu pencapaian terbaik.

Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad berkata, kejayaan itu tidak pernah dicapai skuad trek negara sepanjang menyertai Sukan Komanwel.

"Ini adalah kali pertama kita memenangi pingat pada penampilan Sukan Komanwel.

"Sudah tentu ia merupakan suatu sejarah dan pencapaian terbaik yang pernah dicipta pelumba basikal negara. Ia juga di- anggap sebagai ujian untuk mengukur kemampuan pelumba.

"Kejayaan ini juga memberi gambaran sebenar di mana hala tuju kita menjelang Sukan Olimpik 2012 di London," katanya.

Menurut Naim, PKBM masih belum boleh berbangga dengan kejayaan itu kerana sasaran utama adalah memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik 2012 nanti.

Katanya, para pelumba trek negara masih dalam proses pembangunan dan belum mencapai tahap sebenar.

"Kita masih ada masa dua tahun sebelum menghadapi temasya Olimpik. Jadi, masih banyak yang boleh dilakukan.

"Saya lihat, Josiah Ng sudah berjaya memulihkan kekuatan sebenarnya. Sebelum ini, dia sering kali menjadi sasaran kriti- kan.

"Mohd. Rizal Tisin pula sema- kin menunjukkan peningkatan selepas kembali daripada rehat yang panjang berikutan kecederaan kaki yang dialaminya akibat kemalangan.

"Kemampuan Mohd. Azizulhasni Awang pula tidak perlu lagi dipertikaikan," katanya.

Bagaimanapun Naim mengakui, pencapaian pelumba muda negara, Muhamad Adiq Husainie Othman, Mohd. Hariff Salleh dan Mohd. Akmal Amrun masih jauh ketinggalan.

Pada temasya Komanwel kali ini, pingat emas skuad lumba ba- sikal hadir menerusi Josiah yang mengungguli acara keirin.

Sebelum itu, Rizal menghadiahkan pingat perak dalam acara 1 kilometer ujian masa perse- orangan.

Kelmarin, gandingan Azizulhasni, Josiah dan Rizal berjaya membawa pulang pingat gangsa menerusi acara pecut berpasukan.

Saturday, October 9, 2010


http://keralites.net/

http://keralites.net/

http://keralites.net/

http://keralites.net/

http://keralites.net/

http://keralites.net/

http://keralites.net/

http://keralites.net/

http://keralites.net/

http://keralites.net/

http://keralites.net/

http://keralites.net/

http://keralites.net/

http://keralites.net/

http://keralites.net/

http://keralites.net/

http://keralites.net/

http://keralites.net/

http://keralites.net/


Tahniah kepada Datin Seri Rosmah Mansor diatas penganugerahan DUNM oleh Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Melaka.

Datin Seri Rosmah Mansor menerima Anugerah Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama sempena sambutan hari kelahiran TYT Yang DiPertua Negeri Melaka yang ke 72.

Mereka telah menzalimi Mohd Azizulhasni Awang dengan mendengar dan mengesahkan keputusan pengadilan yang tidak baik (bad call).

Friday October 8, 2010

Foreign media laments Azizul’s disqualification

AZIZUL Hasni Awang’s (pic) disqualification in a dramatic keirin final after crossing the finish line first was the talking point among the media people at the Indira Gandhi Sports Complex.

Malaysia still kept the gold with Josiah Ng breaking the Australian domination in track cycling after he was promoted from second place.

Former Olympic cycling champion Chris Boardman, who is commentator for BBC, thought that Azizul did nothing wrong and rode magnificently.

He was also impressed by Azizul’s celebration as he performed a wheelie as he crossed the finish line.

“This is a beautiful event that is now over-sanitised as far as I am concerned. I thought it was a great piece of craftmanship (from Azizul),” said Boardman.

Fellow BBC commentator Hugh Porter also thought the decision was wrong.

“The rules are spoiling the keirin. The nature of the beast is six men fighting and bumping on the track,” said Porter.

“The best man won, but he did not get his gold medal. That is a travesty.”

Tuesday, September 28, 2010

Pelumba Wanita Negara layak ke Piala Dunia bersama sama Time Trialist Bawah 23 dan Lelaki Elit

SUKAN

Lumba basikal miliki potensi besar


FATEHAH antara pelumba wanita negara yang semakin menyinar ketika ini.



AZIZULHASNI jelas mempamerkan peningkatan hasil bimbingan Beasley.



NAIM menjadi antara nadi penggerak utama kejayaan pelumba basikal negara.


KETIKA peminat sukan tanah air sering memberi tumpuan kepada sukan popular seperti bola sepak, hoki dan badminton, sebenarnya mereka terlupa bahawa lumba basikal juga tidak kurang hebatnya.

Tidak dinafikan lagi lumba basikal adalah sukan yang paling menunjukkan peningkatan positif sejak beberapa tahun ini.

Pelbagai kejayaan telah diraih pelumba negara dalam banyak kejohanan yang disertai tidak kira dari dalam mahupun luar negara dan semuanya adalah hasil daripada keterapian program yang dirancang oleh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).

Mungkin ramai yang sangsi dengan hakikat ini, namun jika dilihat kepada sejarah sukan negara, lumba basikal adalah antara sukan yang banyak memberi peluang anak tempatan kita beraksi di temasya sukan terbesar dunia, Sukan Olimpik.

Berdasarkan rekod, bekas jaguh trek negara, Rosman Alwi pernah beraksi pada temasya Sukan Olimpik di Los Angeles pada tahun 1984 dan Seoul 1988.

M. Kumaresan turut beraksi pada temasya Seoul 1988 bersama Rosman. Dia juga membawa cabaran Malaysia pada temasya Barcelona 1992.

Sebelum itu, Andrew Michael, Choy Mow Thin, Supaat Hamid, Salam Kamsari, Ng Joo Pong, Zain Safaruddin, Stephen Lim Tian San dan Tuow Choon Boon pula menggalas nama negara buat kali pertama pada temasya 1964 di Tokyo.

Walaupun lumba basikal masih belum mampu menyumbang pingat di pentas Olimpik, namun hakikatnya, sukan ini sudah mula menunjukkan sedikit harapan untuk mengharumkan nama negara suatu masa nanti.

Lupakan seketika bola sepak, hoki, gimrama atau badminton yang diserang prestasi tidak menentu dan cuba kita alihkan tumpuan kepada sukan dua roda ini.

Tahun lepas saja dua pelumba negara, Mohd. Azizulhasni Awang dan Anuar Manan masing-masing mencipta kejutan dalam kejohanan yang disertai iaitu Piala Dunia di Melbourne dan Beijing serta Kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL).

Malah ramai lagi pelumba generasi muda seperti Ahmad Haidar Anwar, Mohd Rizal Tisin, Fatehah Mustapa, Ahmad Fauzan Ahmad Lutfi mula menyinar di bawah bimbingan jurulatih berpengalaman seperti John Beasley, Jamaluddin Omar dan Ng Joo Ngan.

Jadi apakah sebenarnya ramuan PKBM yang diterajui Abu Samah Abd. Wahab dan Datuk Naim Mohamad dalam melahirkan ramai bakat-bakat baru yang sudah mula menyinar dalam sukan lumba basikal di persada antarabangsa ini?

"Sebenarnya kejayaan kita melahirkan ramai pelumba-pelumba muda yang berbakat seperti Azizulhasni, Anuar Manan, Rizal Tisin dan ramai lagi adalah hasil dari program pembangunan dari peringkat akar umbi seperti Sport Excel, Sukan Malaysia (Sukma) dan banyak lagi," kata Naim baru-baru ini.

"Tapi yang lebih memainkan peranan utama kejayaan pelumba kita sejak kebelakangan ini ialah perancangan dan persediaan program latihan yang tersusun dan juga penyertaan dalam pelbagai kejohanan di luar negara sejak beberapa tahun yang lepas.

"PKBM telah lama beranggapan jika kita mahu mengembangkan lagi kemampuan pelumba-pelumba negara, selain latihan yang betul, mereka juga perlu merasai sendiri suasana di dalam pertandingan ketika bersaing dengan pelumba-pelumba profesional negara lain.

"Inilah sebenarnya yang banyak membantu pelumba kita meningkatkan lagi kemampuan mereka ke tahap yang maksimum. Jika kita hanya mampu melahirkan bakat-bakat baru saja, tapi tiada kesinambungan dalam program latihan dan pendedahan, saya rasa kita tidak akan menikmati pencapaian yang baik seperti ini," kata Naim lagi.


AZIZULHASNI (kiri) dan Rizal mampu pergi lebih jauh dalam arena lumba basikal antarabangsa.


Bagi bekas pelumba kebangsaan, Rosman Alwi pula, dia bersetuju bahawa peningkatan yang dipamerkan oleh pelumba negara ketika ini adalah hasil daripada pendedahan dan pengalaman menyertai banyak kejohanan di luar negara.

"Dalam mana-mana sukan pun pengalaman dan pendedahan adalah perkara penting dalam menentukan kejayaan seseorang atlet itu," kata Rosman.

"Semakin banyak atlet itu didedahkan dengan saingan dan suasana dalam pertandingan yang kompetetif, maka semakin banyak ilmu dan pengetahuan yang akan dikutipnya.

"Oleh itu jika atlet itu didedahkan dalam kejohanan lebih awal iaitu di peringkat usia muda, tidak mustahil dia akan muncul sebagai prospek terbaik untuk muncul juara.

"Ketika zaman saya dahulu, tidak banyak kejohanan kompetetif yang kita mampu sertai kecuali Sukan SEA, Sukan Asia, Komanwel dan sebagainya. Dengan kata lain tidak banyak kejohanan terbuka luar negara yang kita mampu hantar pelumba menagih pengalaman.

"Tapi sekarang, dengan usaha dari Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara dan PKBM sendiri, saya rasa tidak mustahil pelumba negara akan menjadi antara pencabar baru kepada pasukan-pasukan dari benua lain," ujar Rosman lagi.


AKSI Azizulhasni (depan) ketika bersaing pada temasya Sukan Olimpik 2008 di Beijing.





Begitupun, kesemua kejutan dan kejayaan ini banyak dilakar menerusi acara trek dan pecut, namun bagaimana pula dengan pencapaian negara dalam acara lebuh raya?

Menurut Naim yang mengetuai penganjuran Kejohanan Le Tour de Langkawi 2009 bermula pada 9 hingga 15 Februari ini, selepas perancangan dan program yang dibuat ke atas pelumba pecut dari acara trek mula membuahkan hasil, PKBM kini sudah merangka satu perancangan jangka panjang dengan kerjasama pihak MSN.

"Saya akui skuad lebuh raya kita masih lagi gagal menyerlah di pentas antarabangsa seperti skuad trek negara," kata Naim ketika majlis penajaan LTdL bersama Milo baru-baru ini.

"Kita sudah buktikan yang kita boleh menang pingat emas dalam acara trek, jadi saya yakin kita mampu melakukan perkara yang sama dalam acara lebuh raya, basikal bukit mahupun BMX.

"Oleh itu, bagi memastikan kita juga mampu melahirkan jaguh dalam acara-acara tersebut, skuad lebuh raya kebangsaan buat pertama kali akan diletakkan di bawah program MSN mulai tahun ini dengan sasaran utama layak ke Sukan Olimpik 2012 di London dan meraih pingat pada Sukan Olimpik 2016.

"Dengan bantuan khusus dari kerajaan, kita boleh berjaya. Kita juga sudah ada program pelapis yang mana mampu menyumbang ke dalam skuad elit.

"Malah, LTdL 2009 yang berlangsung Februari ini juga merupakan medan ujian pertama untuk kita mengenalpasti pelumba lebuh raya berbakat yang mampu merealisasikan impian layak ke Sukan Olimpik 2012 di London," katanya lagi.

Jelas sekali penganjuran kejohanan seperti LTdL dan Jelajah Malaysia juga memainkan peranan tersendiri dalam melahirkan pelumba-pelumba berkualiti ketika ini.

Malah, tidak disangkal lagi bahawa prestasi pelumba lebuh raya dan pecut juga banyak meningkat hasil dari saingan pelumba profesional dunia yang lain dan ini diakui sendiri oleh presiden PKBM, Abu Samah.

"LTdL memang memainkan peranan besar bukan sahaja sebagai sukan pelancongan tetapi juga dalam mengetengahkan bakat pelumba kita ke peringkat antarabangsa," kata Abu Samah baru-baru ini.

"Oleh itu saya berpendapat, LTdL perlu diteruskan supaya peluang akan lebih terbuka luas buat pelumba kita mengasah bakat dan menarik perhatian pasukan profesional luar negara.

"Dalam hal ini, LTdL ternyata berkesan. Pada saya tidak kira siapa yang menganjurkannya baik kerajaan mahupun swasta selepas ini, yang penting, ia perlu terus diadakan.

"Kita akan memperbaiki lagi program pembangunan untuk mengenal pasti lebih ramai pelumba berbakat. Sekarang ini, kita bukan sahaja ada skuad kebangsaan tetapi juga pasukan benua sendiri yang dibarisi pelumba-pelumba muda.

"Ada sesetengah penganjur perlumbaan, mereka tidak minat jemput pasukan kebangsaan. Di sinilah peranan pasukan benua akan digunakan untuk kita menyertai lebih banyak perlumbaan di luar negara. Penubuhan kelab persendirian seperti Le Tua juga turut menyumbang ke arah itu.

"Dalam menyusun semula pengurusan lumba basikal lebuh raya negara, PKBM akan terus memberi kepercayaan kepada jurulatih tempatan, Jamaluddin Omar yang akan melatih pelumba kita menerusi program yang diaturkan.

"Saya harap dengan gabungan kedua-dua jurulatih berpengalaman ini, pelumba lebuh raya kita akan mula menyinar suatu masa nanti," katanya lagi.

Sunday, September 26, 2010

BU 2 Hari Raya and Mooncake festival gathering 26th September, 2010

Naim with the President of BURA 2 Security Committee and its Committee members at the gathering

Residents of BU 2 enjoying the delicacies and food which was prepared for the Raya and Mooncake gathering

Other members of the BU 2 Community

Other members of the BU 2 Community

Other members of the BU 2 community, seen also in the picture Aileen Yeoh the coordinator

Sunday, September 19, 2010

Beraya di rumah Dato Mokhtar Ahmad

Aizat, Haji Omar, Haji Bakar, Naim, Azri Zaki, Mokhtar Jr, Haji Ahmad Khusasi

Hajjah Jamilah, Haji Ahmad Khusasi dan Naim.

Dato Ismail Hashim dan Dato Mokhtar Ahmad

Hajjah Salmah dan Hajjah Sarah

Adlin, Aimi, Hajjah Jamilah dan Dr Nazree

Monday, September 13, 2010

Shirene and Naim

Ruby and Yeusuff

Ahmad Zamzam and Nani

Musa, Zaki and Rusila

Rosenah and Rabia

The Family in Ao Nang, Krabi, Thailand.

Mohd Aizat, Naim, Shirene, Athirah and Akmal Ariff

Musa, Melissa, Zaki, Mysa and Afiq

Athirah, Akmal Ariff, Najwa and Bahir

Zam, Zaidee, Naim and Argus

Ranita, Rosila, Rosena, Rubita and Shirene

Sunday, September 12, 2010

Anak Malaysia's children in Ao Nang, Krabi, Thailand.

Athirah in the bus



Tuesday, September 7, 2010

Busy day in Melaka

Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi Sekim Berhad pada 6hb September,2010 di Wisma Datuk Hj Mohd at 12-00 pm

Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi Kenderaan TM Melaka Berhad di Wisma Datuk Hj Mohd Melaka at 11-00 am