Anak Malaysia

Tuesday, October 29, 2013

Kursus Latihan Berbasikal untuk Guru Guru Sekolah Terpilih Projek Aktibiti Berbasikal diSekolah Sekolah




Seramai dua belas orang Guru dari Sekolah Sekolah di Putrajaya dan Selangor telah menghadiri Kursus Latihan Berbasikal anjuran Komuniti Kayuh di Taman Cabaran, Putrajaya. Sejarah telah diukir dimana pada pertama kalinya kursus secara ini telah dilaksanakan secara rasminya.

Turut hadir, Datuk Naim Mohamad, Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia,
Mr Darcy Steindhart, Mr Chris Khoo dan Mr Alan.

Tahniah kepada Guru Guru yang telah dengan cemerlang mengikuti kursus satu hari ini.29hb Oktober,2013.

Saturday, October 26, 2013

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Persatuan Pedagang Pengusaha Melayu Malaysia


 Dato Izat Emir mempengerusikan mesyuarat

 Junaidah, Juliana, Naim dan Izat

Naim, Izat, Wan Azmir dan Shawaluddin

Seminar Hala Tuju Sekolah Sukan Malaysia (SSM) di JPWP, Kuala Lumpur.


Tuan Abd Halim Ismail, Puan Ee Hong dan Tuan Abdullah .

 Dirasmikan oleh Puan Ee Hong, Pengarah Bahagian Sukan, MOE

 En Sazali, Hj Idrus Othman, En Mohd Darwis, Naim,
Dr Zuber Hassan dan Hj Ibrahim Mohd Yusof


Friday, October 25, 2013

Kunjung hormat Asia Tourism Alliance dipejabat Jelajah 1 Malaysia

 Encik Yunus Ibrahim, Mr Kho Sze Min, Naim dan Hj Ibrahim

Mr Kho Sze Min dan Tan Sri Darshan Singh

Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pendaan Perlembagaan PKBM




Thursday, October 24, 2013

Majlis Pelancaran Kelab Kayuh SMK Jugra - Program printis berbasikal kesekolah sekolah bermula

 Pengetua Puan Hjh Zaleha Hashim merasmikan pelancaran Kelab Kayuh SMK Jugra

 Para peserta Kelab kayuh SMK Jugra

 Peserta peserta sedang mendengar taklimat
Peserta sedang menjalani latihan amali

Tahniah diucapkan kepada Pengetua dan warga tenaga pengajar dan pentadbiran SMK Jugra serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan juga pelajar pelajar yang telah bersama sama menjayakan pelancaran Kelab Kayuh SMK Jugra pada pagi ini, 24hb Oktober, 2013.

Sunggoh bersejarah pada pagi yang mulia ini kerana buat pertama kalinya aktibiti sukan berbasikal menapak secara rasminya ke sekolah. Program rintis ini yang juga dilaksanakan diempat buah sekolah lain di Kuala Lumpur dan Putrajaya merangkumi projek rintis yang telah sama sama dipersetujui dengan Jabatan Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia. Dengan panduan dan bimbingan serta nasihat daripada Pengarah Puan Ee Chong dan kerjasama Guru Guru Besar dan Pengetua Pengetua sekolah yang terlibat, maka hari ini, sukan berbasikal akan dapat dinikmati oleh pelajar pelajar sekolah.

Projek printis yang melibatkan dua buah Sekolah di Putrajaya, dua buah Sekolah diSelangor dan sebuah Sekolah diKuala Lumpur akan berlangsung selama tiga bulan hingga akhir bulan November. Program ini telah bermula semenjak Bulan September, 2013. Jika projek printis ini berjaya, sejumlah 240 buah sekolah akan memulakan program berbasikal ini pada tahun 2014.

Diharapkan, bermula dari tahun 2015, semua Sekolah diMalaysia akan dapat melaksanakan Kelab Kayuh masing masing.

Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia bersama sama dengan Komuniti Kayuh Malaysia dan Kementerian Pendidikan akan melaksanakan program berbasikal ini dengan tujuan dan matlamat:-

1. Memberi pendedahan sukan berbasikal kepada pelajar dan guru melalui aktibiti Kelab Kayuh Sekolah.
2. Memperkenalkan sukan berbasikal disekolah melalui Program Cycling in Schools.
3. Mendidik pelajar tentang kemahiran asas dan juga ciri ciri keselamatan, pertandingan dan kayuhan ramai.
4. Melahirkan athlet berbasikal bertaraf Daerah, Negeri, Kebangsaan, Serantau, Benua, Dunia dan hingga         keperingkat Olimpik.
5. Melaksanakan program gaya hidup sihat dan projek cergas serta program satu murid satu sukan.

Selain dari membina keyakinan diri dan sifat bertanggong jawab kepada murid murid, projek printis ini juga akan menurunkan ilmu kejurulatihan kepada guru guru sebagai jurulatih berbasikal peringkat sekolah.
Melalui aktibiti Kelab Kayuh, kualiti kepimpinan akan dapat diamalkan dan kecekapan serta kebolehan mengurus dan mentadbir akan dapat disemaikan kepada anggota anggota Kelab Kayuh. 

Senarai Ahli Jawatankuasa Kelab Kayuh SMK Jugra.
Pengertua: Puan Hjh Zaleha binti Hashim
Guru penasihat:
Cik Hjh Hanizam binti Kassim
Puan Hamidah biuti Ramlan
En Mohd Hazruhapizu bin Husain
En Ahmad Ikhwan bin Mohd Sabri
Puan Haslina binti Amin Nordin
Puan Nor Hanna binti Shamsuddin

Pengerusi: Mohd Idham bin Azhar
Naib Pengerusi: Halimatun Saadiah binti Rahman
Setiausaha: Muhammad Haziq Danial bin Zanurin
Naib Setiausaha: Nur Amirah binti Nurismain
Bendahari: Nor Alisa Syabella binti Shariff
Naib Bendahari: Iza Sofea binti Mohd Shafie
Ahli ahli Jawatankuasa:
Muhammad Amirul bin Mustakim
Muhammad Norfarizal bin Syamsir
Nur Idayu binti Syamsul
Nurul Ain binti Abu Bakar
Nurul Natasya binti Effendy

Program printis berbasikal disekolah sekolah ini akan dilaksanakan melalui jadual masa selama enam minggu dan akan meliputi perkara perkara 1) Brek dan Gear  2) Imbangan atas basikal  3) Membelok Basikal 4) Ujian tahap pertama  5) Kayuhan berkumpulan  6) Ujian Tahap Akhir.

Tahniah SMK Jugra.

Salam hormat,
Datuk Naim Mohamad
Penasihat Program Berbasikal DiSekolah Sekolah Malaysia.

Bual Bicara di Program Pra Bajet 2014 di RTM 1, Angkasapuri.



Sunday, October 20, 2013

Dimajlis Bacaan Yassin dan Tahlil dirumah Y A Bhg Puan Sri Hjh Shamsiah Hj Hashim

 Hj Ahmad Khusasi, Haji Abu Bakar, Hj Sh Salim dan Hj Naim

 Hj Sh Salim, Ahmad Zaki, Hj Abu Bakar dan Ridwan

 Dato Hj Ismail Hashim dan Akmal Ariff Naim





An archive picture in front of Masjid Al Qiblatain in Medina, Saudi Arabia.

Sdra Saad Man, Sdra Rahman Bakar, Naim and Sdra Najib Razak.

Masjid al-Qiblatain is a mosque in Medina that is historically important for Muslims as the place where the Islamic prophet Muhammad, leading the prayer, is said to have been commanded to change the direction of prayer from Jerusalem to Mecca

Monday, October 14, 2013

Perjumpaan Perdasama dan Tutuor Dot Com di Kuala Lumpur City Centre

 En Ahmad Kamal Ariffin, En Azriel Amlir, Jun dan Naim

Dinner with friends at SEE GOOD Restaurant in Kuching, Sarawak

 Mr George Yee, Naim, Hjh Jamilah Shukri, Haji Azmi, Kho Sze Min

 Tuan Haji Azmi and Mr Kho Sze Min

 Puan Hjh Jamilah Shukri dan Tuan Haji Azmi

Mr George Yee, Naim, Hjh Jamilah, Hj Azmi and Mr Kho