Pengacara sessi Encik Kamarul Bahrin Haron bersama Encik Irwan bin Ismail dan Datuk Naim Mohamad
Di Kaca TV
Pengacara sessi Encik Kamarul Bahrin Haron bersama Encik Irwan bin Ismail dan Datuk Naim Mohamad
Di Kaca TV
Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat ICT MKM kali ke 4/2009 telah dipengerusikan oleh Datuk Naim Mohamad.
Dari kiri: Encik Ruslan bin Ramli dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Tuan Hj Idris Ismail Pengarah MKM.
Ahli Jawatankuasa dari kiri: Puan Julia Bee Ramjan (MKM), Tuan Nik Azmin bin Nik Hussain (MAMPU), Tengku Nadiah Tengku Mohamad (KPDNKK) dan Puan Hjh Halijah Zakaria (MKM)
Dari Kiri: Encik Mazlan Ali dan Encik Mohamad Azim Abd Aziz dari Unit ICT Maktab Kerjasama Malaysia.
DYMM Yang diPertuan Agong Seri Paduka Baginda Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah bersama TYT Tun Khalil Yaakub dan YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali Mohd Rustam.
YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali Mohd Rustam menyampaikan hadiah kepada Dato Aziz Kassim dan diperhatikan oleh YB Datuk Ghafar Atan.
YB Datuk Latip Tambychik, Datuk Ir Zaini, Dato Aziz Kassim, Datuk Ruslin, Datuk Naim Mohamad dan YB Datuk Hj Naim Abu Bakar.
Dari kiri Sdra Mazlan, Sdra Aminuddin, Sdra Jamaluddin, Tuan Hj Ibrahim Mustapha, Datuk Naim Mohamad, Pengerusi Encik Maniam Manikkam, Tuan Hj Sharif, Encik Yunus Ibrahim, Tuan Adnan, Dato Yusuf Harmain Shah dan Dato Ahmad Sidi. Mesyuarat telah diadakan di bilik Lembaga Majlis Olimpik Malaysia bermula dari jam 10-00 pagi pada 14hb November, 2009.
Time flies and its already been 35 years since Malaysia signed and sealed the diplomatic agreement between the two countries. Being the next powerhouse of the World, its only beneficial for Malaysia to foster and enhance the relationship. In the picture above, Nordin Idris (Dato') who is the Late Tun Razak's ADC shaking hands with Chairman Mao. A picture from the archive.

SEMPENA pertabalan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir satu kejohanan Golf Amal Piala Tuanku Munawir akan diadakan, esok memungut derma Yayasan Munarah bagi menjalankan aktiviti kebajikan.
Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Tunku Datin Annie Dakhlah, berkata kejohanan itu mendapat sambutan menggalakkan dengan lebih 160 peserta akan mengambil bahagian di lapangan golf Nilai Springs Golf & Country Club, Nilai.
“Kita berhasrat mengumpul lebih RM150,000 untuk disumbangkan kepada yayasan berkenaan. Yayasan itu dinaungi Tuanku Muhriz sendiri,” katanya pada sidang media bersama penaja di ibu negara semalam.
Beliau berkata, Yayasan Munarah adalah yayasan kebajikan Keluarga Diraja Negeri Sembilan yang baru ditubuhkan dan nama yayasan itu adalah sempena nama Tuanku Munawir dan Almarhumah Tuanku Durah.
“Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sembilan serta syarikat korporat yang bersetuju membuat sumbangan serta mengambil bahagian dalam kejohanan ini,” katanya.
TIADA apa yang perlu dibimbangkan terhadap perkembangan skuad basikal negara terutamanya Azizulhasni Awang selepas tamatnya siri Piala Dunia Klasik yang berlangsung di Manchester, Ahad lalu.
Timbalan Presiden, Persekutuan Kebangsaan Basikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad tetap yakin Azizul mampu menjadi antara atlit yang bakal membawa pulang pingat emas daripada Sukan Olimpik 2012 nanti.
“Saya amat mengenali Azizul. Dia seorang atlityang cukup berdisiplin dan mempunyai kekuatan mental yang kuat mungkin kerana deman, mengakibatkan dia gagal untuk menyerlah di Manchester.
“Bagaimanapun sekurang-kurangnya Azizul berjaya bangkit kembali ketika turun dalam acara Keirin Jemputan antarabangsa biarpun sekadar menduduki tempat ketiga,” katanya.
| |
| |
“Tidak berjaya di Manchester bukan satu masalah besar. Tapi apa yang penting pelumba dapat mengekalkan momentum kerana masih ada lagi tiga siri Piala Dunia selepas ini.
“Pelumba harus lebih fokus selepas ini kerana banyak yang mereka perlu dilakukan dalam persiapan menghadapi Sukan Komanwel dan Asia,” katanya.
Biarpun terbit sedikit rasa bimbang pada hari pertama kejohanan siri Piala Dunia itu berlangsung terdapat beberapa atlit yang mempamerkan peningkatan terutama pada hari terakhir kejohanan.
Katanya, memang persatuan tidak mengharapkan pelumba wanita tunggal negara, Fatehah Mustapa dan kehadiran Adiq Husainie ke dalam skuad senior untuk berjaya menjejak podium, namun peningkatan daripada segi catatan masa pasti sekurang-kurangnya mencapai sasaran awal.
Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad S.A.W:
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-m impi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan.... ...."
KUALA LUMPUR - Peminat sukan berbasikal tempatan diminta tidak meragui kemampuan pelumba trek kebangsaan ekoran prestasi hambar yang dipamerkan pada Kejohanan Berbasikal Piala Dunia Klasik siri pertama, di Manchester, England yang berlangsung sejak Jumaat lepas.
Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad berkata, ia mungkin berpunca daripada prestasi mereka yang belum mencapai tahap kemuncak seperti yang diharapkan bagi menghadapi kejohanan yang akan berakhir hari ini.
"Ia merupakan satu pengajaran yang baik kerana di masa hadapan pelumba-pelumba kebangsaan tidak boleh mengambil ringan dan sentiasa perlu memberikan aksi terbaik mereka," katanya.
Naim berkata demikian sebagai mengulas persembahan hambar pelumba kebangsaan yang gagal menempatkan diri di dalam kelompok terbaik dunia dalam beberapa acara pada kejohanan yang berlangsung selama tiga hari itu.
"Namun saya harapkan mereka akan dapat mencapai tahap kemuncak prestasi apabila bersaing di Melbourne, Australia pada 19-21 November ini untuk siri kedua Piala Dunia Klasik.
"Ini kerana kejohanan ini (Piala Dunia Klasik) penting bagi membolehkan kita dapat mengutip mata untuk layak ke Sukan Olimpik 2012 dengan senang sekali gus mencapai sasaran membawa balik emas pertama Olimpik untuk Malaysia," katanya.
Naim juga berharap pelumba negara mampu memberikan persembahan yang terbaik bagi menghadapi Sukan Asia dan Komanwel tahun depan.
Pada aksi awal pagi kelmarin, jaguh berbasikal kebangsaan Mohd. Azizulhasni Awang gagal mara ke pusingan kalah mati acara pecut 200 meter, setelah terkandas awal di dalam acara keirin.
Beberapa pelumba lain turut gagal di peringkat awal seperti Mohd. Edrus Yunus (pecut), Mohd. Hariff Salleh (pecut), Mohd. Hafiz Suffian (satu kilometer ujian masa, keirin), Fatehah Mustapa (500m ujian masa, pecut), Amir Mustafa Rusli (perlumbaan mata, madison) dan Adiq Husainie Othman (madison).
Malaysia kini mempunyai baki tiga acara di kejohanan itu menerusi acara pecut berpasukan (Edrus, Hafiz dan Hariff), keirin wanita (Fatehah) dan scratch menerusi Adiq Husainie. - Bernama