Anak Malaysia
Sunday, August 30, 2009
Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan negara ke 52
Selamat menyambut hari ulangtahun Kemerdekaan Negara yang ke 52 dan sama sama berdoa kita semua akan sihat, selamat dan sejahtera dan hidup didalam keadaan harmonis, aman dan bahagia.
Semuga Satu Malaysia akan menjadi realiti untuk kesejahteraan generasi mendatang Malaysia dan bukan sahaja rakyat Malaysia bersatu padu tetapi menghayati semangat supaya setiap rakyat menjadi nombor satu didalam apa saja yang hendak dicapai dan juga cara hidup mentaliti kelas satu diterapkan dalam aspek peribadi dan tindak tanduk kita.
Kita juga akan berazam untuk menjadi nombor satu diperingkat dunia didalam lapangan dan bidang masing masing supaya segala pergorbanan Datuk Nenek Moyang kita untuk memerdekakan Negara dan tanah air yang tercinta ini akan dapat kita panjangkan didalam segala aspek kehidupan dan alam sekitar kepada anak cucu kita. Sambutlah salam kemerdekaan dari saudara mu-Naim.
Merdeka - Merdeka - Merdeka.