Anak Malaysia
Saturday, June 28, 2014
Wednesday, June 25, 2014
Sunday, June 8, 2014
Sempena Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong semalam, teringat anugerah anugerah lama
Ahli Mangku Negara (AMN)
Darjah Seri Melaka (DSM)
Ahli Mahkota Perak (AMP)
Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM)
Melaka dipilih menjadi tuan rumah Sukan Orang Pekak Malaysia (Sopma) ke18
MELAKA 5 Jun - Melaka dipilih menjadi tuan rumah Sukan Orang Pekak Malaysia (Sopma) ke18 yang bakal berlangsung pada 13 hingga 20 Jun ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, Sopma kali ini bakal melibatkan kirakira 1,000 atlet kurang upaya pendengaran termasuk pegawai dari seluruh negara.
Menurutnya, penganjuran Sopma kali ini juga membabitkan atlet dari dua negara jiran iaitu Singapura dan Brunei untuk bersaing dalam tujuh acara sukan yang dipertandingkan.
Tujuh acara berkenaan termasuklah bola sepak, futsal, badminton, boling tenpin, boling padang, olahraga dan bola jaring.
"Kesemuanya akan diadakan di beberapa venue sekitar bandar raya Melaka, Ayer Keroh dan Krubong," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Sopma ke18 di pejabatnya di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini.
Yang hadir sama Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf), Kamarzaman Harun dan Ketua Kontinjen Melaka, Amir Hamzah Aziz.
Jelas Idris, acara sukan berkenaan bertujuan mencari bakat serta memberi peluang kepada atlet pekak yang berbakat untuk mewakili negara ke Sukan Orang Pekak Asia Pasifik (APDG) dan Sukan Olimpik Orang Pekak (Deaflympic).
Ujarnya, acara anjuran MSDeaf dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebelum ini telah beberapa kali berjaya menghantar kontinjen dalam keduadua sukan antarabangsa berkenaan sejak 1994.
"Oleh yang demikian, saya berharap atlet yang beraksi di Sopma akan berusaha sedaya upaya mencapai kejayaan cemerlang bagi membuktikan masalah pendengaran bukan suatu halangan untuk berjaya seterusnya mampu mengharumkan nama negara di peringkat lebih tinggi," katanya.
Sementara itu tambahnya, Sopma kali ini bakal menampilkan cara pengadilan dan teknikal berbeza dengan sukan biasa dan paralimpik iaitu dengan menggunakan tiupan wisel bagi permulaan, kesalahan dan tamat perlawanan serta ditambah penggunaan alat isyarat visual.
"Penggunaan sistem berkenaan sudah lama digunakan di peringkat antarabangsa bagi memberi keputusan adil kepada atlet pekak yang bergantung sepenuhnya kepada deria penglihatan," tambahnya.
Majlis perasmian Sopma ke18 akan diadakan pada 16 Jun ini di Stadium Hang Tuah di sini manakala majlis penutup diadakan pada 20 Jun di lokasi sama.
Artikel Penuh: http://202.190.126.82/utusan/Selatan/20140606/ws_01/Melaka-tuan-rumah-Sopma-Ke18#ixzz340N5kES0
© Utusan Melayu (M) Bhd
Komited bangun sukan OKU, lahirkan ramai atlet paralimpik
Komited bangun sukan OKU, lahirkan ramai atlet paralimpik
Oleh: NORHAYATI UMOR
KUALA LUMPUR, 7 JUN: Kerajaan Selangor menyumbang bantuan sebanyak RM30,000 kepada Persatuan Orang Pekak Selangor bagi menampung perbelanjaan atlet persatuan itu yang menyertai Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) ke-18, bermula 13 Jun ini.
Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail, berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri turut menaja dua buah bas untuk kegunaan atlet dan pegawai ke acara berkenaan.
“Kerajaan Negeri kini dalam proses untuk memberi tumpuan sepenuhnya dalam bidang sukan kerana melihat ramai atlet yang berbakat dalam bidang ini. Tahun ini, saya dan Exco Sukan, Dr Yunus Hairi bercadang memberi tumpuan kepada sukan Orang Kurang Upaya (OKU).
“Setakat ini, kita dapati persatuan ini adalah yang paling aktif di Malaysia dan Kerajaan Negeri akan membantu usaha murni ini,” katanya ketika ditemui di majlis penyerahan cek, di Pejabat Persatuan Orang Pekak Selangor, di Bandar Sri Permaisuri, di sini, semalam.
Rodziah berkata kejayaan atlet OKU yang memenangi pingat Perak dan Gangsa pada sukan Paralimpik di London 2012 patut dijadikan contoh.
“Mohd Ziyad Zulkefli, atlet olahraga menang pingat gangsa, manakala Hasihin Nawawu iaitu atlet memanah menang pingat perak. Kita lihat mereka ini mempunyai potensi dan wajar dijadikan contoh kepada atlet lain,” katanya.
Sementara itu, Presiden SOPMA negeri, T Henry Jayaraj, berkata pihak persatuan sangat menghargai sumbangan terbabit dan berharap atlet berjaya membawa balik pingat seterusnya mengharumkan nama negeri dengan adanya sokongan daripada Kerajaan Selangor.
“Dengan sokongan ini, ia akan meningkatkan semangat pemain dan akan berusaha untuk membawa balik pingat,” katanya.
Selangor kali ini mengambil bahagian dalam lima acara sahaja iaitu olahraga, futsal, badminton, tenpin dan bola sepak, manakala Sopma ke-18 tahun akan diadakan di Melaka bermula 13 hingga 20 Jun ini.
Majlis perasmian SOPMA ke-18 akan diadakan di Stadium Hang Tuah pada 16 Jun ini, manakala majlis penutup turut berlangusng di lokasi sama, pada 20 Jun ini.
Sukan itu membabitkan kira-kira 1,000 atlet kurang upaya pendengaran termasuk pegawai dari seluruh negara.
Monday, June 2, 2014
Luncheon at KPJ Charity Golf Wakaf Annur 2014 at Tropicana Golf and Country Resort
From left: Datuk Abu Huraira, Roszy Non, Amiruddin Abdul Sattar,
Lukman Hj Abu Bakar, Lai Sin Kee and Datuk Naim Mohamad
From left: Datuk Naim Mohamad, Dato Khairuddin, Dr Maxim Mamin,
Dato Abdullah A Rasol, Datuk Abu Huraira and Amiruddin Abdul Sattar.
Sunday, June 1, 2014
At the World Superbike Stunt Show at Dataran Merdeka Kuala Lumpur
With Tom Sykes the Kawasaki Defending World Superbike Champion
With Ilia Iryani, Malaysian Stunt Entertainer
Subscribe to:
Posts (Atom)