Anak Malaysia

Wednesday, December 25, 2013

Ucapan Y Bhg Datuk Bandar Kuala Lumpur diacara Kuala Lumpur Extravaganza

Y Bhg datuk Seri Hj Ahmad Phesal bin Haji Talib


Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada para hadirin sekalian yang telah sempat hadir untuk menyaksikan majlis pelancaran Program Kuala Lumpur Extravaganza atau secara sengkatnya dikenali sebagai KL Xtra.

Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada semua warga kota yang akan meraikan Krismas pada esok hari.

Terima kasih kepada Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan yang telah dapat mengatur satu program yang sangat bermakna untuk membuka tirai tahun 2014.

KL Xtra dilaksanakan agar Bandaraya Kuala Lumpur sebagai ibu Kota Malaysia akan dapat memainkan peranan yang efektif bagi menyambut pelancaran Tahun Melawat Malaysia yang akan berlangsung sehari sebelumnya di Dataran Merdeka. Sebagai pintu masuk utama Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengalu alukan banjiran pengunjung dari luar Negara yang akan menikmati kedamaian, kesejahteraan, kemesraan dan persahabatan warga kota yang akan menerima tetamu tetamu Negara ini.

Kuala Lumpur sebagai Bandaraya Taman dan Bercahaya  (The Green City of Lights) yang telah diktiraf sebagai salah satu pusat terkemuka membeli belah didunia akan memainkan peranan yang penting untuk menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2014 untuk merangsangkan ekonomi Bandaraya dan warga kota nya.

Selain daripada Acara kesukanan yang akan berlangsung dijalanraya dan persekitaran kawasan lapang disegitiga emas Kuala Lumpur, saya difahamkan Acara Acara kebudayaan dan kesenian akan berlangsung di Gedung Gedung beli belah terkemuka saperti Suria KLCC, Starhill Gallery, Lot 10, Sungai Wang Plaza, Plaza Low Yat dan Berjaya Times Square.

Di Kompleks Kraftangan Malaysia kita akan menganjurkan pertandingan mewarna yang akan melibatkan lebih kurang dua ribu anak warga kota yang akan bersaing dengan thema menjaga alam sekitar (Car Free Morning) dan tahun melawat Malaysia. Acara ini akan dikelolakan oleh Perpustakaan DBKL Kuala Lumpur.

Di Kompleks Kraftangan Malaysia juga saya akan menjamu lebih kurang 200 peserta Mega Fam yang sedang berada diKuala Lumpur untuk menghadiri pelancaran Tahun Melawat Malaysia dan juga untuk mereka mengambil bahagian didalam percitakan batek, bermain congkak dan sepaktakraw bulatan. Mereka juga akan dapat menyaksikan kekayaan kraftangan Malaysia yang dipamerkan disitu.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua participating malls yang dengan sukarela memberi kerjasama dan sokongan untuk menjayakan program ini.

Tuan Tuan dan Puan Puan sekalian,

KL Xtra juga dilaksanakan untuk melancarkan Program Car Free Morning dimana jalan paling sibuk diBandaraya ini ia itu Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut akan ditutup untuk Acara Acara bebas kenderaan seperti pejalan kaki, pelari (joggers), skate boarders, roller bladders dan pengayuh pengayuh  basikal lebuhraya, basikal bukit (mountain bike), basikal BMX, basikal Fixie and Folders. Ini akan dilaksanakan selamat empat jam setiap pagi Ahad pertama setiap bulan.

Untuk Acara pelancaran Car Free Morning tahun 2014 ini, pada hari Ahad pertama bulan Januari   ia itu pada 5hb Januari, 2014  satu lap of honour berbasikal akan dianjurkan dimana para peserta boleh berpeluang untuk berkayuh basikal, berlari, ber roller blade dijalan raya SEGITIGA EMAS Kuala Lumpur (Golden Triangle of Kuala Lumpur) dari jam 7-00 pagi hingga 8-00 pagi.

Secara rolling closure, peserta akan bermula dari Dataran Bandaraya Kuala Lumpur melalui Jalan Raja Laut, masuk kanan keJalan Sultan Ismail, masuk kiri ke Jalan Ampang, masuk kanan keJalan P Ramlee, masuk kiri keJalan Pinang, masuk kiri keJalan Raja Chulan, masuk kanan keJalan Imbi, masuk kanan keJalan Sultan Ismail hingga masuk kiri keJalan Tuanku Abdul Rahman, masuk kanan diJalan Parlimen dan balek ke tempat permulaan, satu lingkaran lebih kurang 6 km.

Dari jam 8-00 pagi hingga 9-30 pagi, Jalan Raja Laut hingga simpang masuk keJalan Semarang dan masuk kanan ke Jalan Tuanku Abdul Rahman hingga Jalan Parlimen dan balek semula ke Jalan Raja Laut akan ditutup sepenuhnya kepada Kenderaan sebagai Kriterium Loop Car Free Morning (Pagi  Bebas Kenderaan).

Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia.

Udara  alam sekitar kita yang bersih dan segar juga membolehkan kita menikmati keselesaan. Kita akan berasa selesa jika tiada pencemaran di persekitaran kita.
Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalani kehidupan dalam keadaan cuaca yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas marah dan tidak selesa. Aktivti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan meningkatkan tahap kesihatan kita.

Kuala Lumpur sebagai Bandaraya Taman dengan tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan suasana persekitaran yang sejuk dan nyaman, malah berfungsi untuk menstabilkan suhu persekitaran. Ia juga bertujuan mengurangkan kesan pemanasan global melalui penyerapan karbon dioksida. Akhirnya, pemanasan global dapat dikawal dan akan dapat menstabilkan ekosistem persekitaran. Penjagaan sumber-sumber alam sekitar seperti pokok-pokok akan dapat membendung pelbagai masalah, sebagai contoh hutan mengawal hakisan tanah dan banjir.

Di samping itu, alam sekitar yang bersih akan dapat meningkatkan ekonomi negara. Bandaraya yang bersih dan mengandungi nilai kedamaian akan dapat menarik perhatian pelancong asing.

Kedatangan pelancong asing ke dalam negara kita akan meningkatkan nilai tukaran wang asing, dan ini akan dapat memajukan perkembangan ekonomi negara kita. Selain itu, kedatangan pelancong juga dapat memajukan sektor perkhimatan dan sektor perniagaan serta menawarkan peluang perkerjaan kepada masyarakat. Imej negara kita juga akan dapat ditingkatkan.

Langkah pertama yang diambil oleh DBKL ini diharapkan akan mendapat sokongan positif dari warga kota dan juga pengguna jalanraya serta pemunya kenderaan. Pengorbanan kita selama empat jam sebulan setiap bulan akan menjadi langkah yang pertama (First Step in a journey of thousand miles) didalam usaha kita untuk mengimbangi pembangunan yang deras dan pesat dan juga dimasa yang sama untuk menjaga alam sekitar kita untuk generasi mendatang.

Program ini bukanlah satu program yang luar biasa, tetapi satu program yang telah dilaksanakan oleh beberapa Bandaraya di Dunia dan juga pihak berkuasa tempatan didalam Negara kita sendiri. Semoga usaha yang murni ini akan dapat diperhebatkan lagi dan ditambah nilai nya dimasa masa yang akan datang.

Kepada pihak media citak dan elektronik saya mohon kerjasama penoh agar Acara ini akan dapat disebarkan secara meluas dan kerap supaya warga kota dan pengguna jalanraya akan maklum mengenai program yang akan dilaksanakan dan supaya mereka boleh mengatur serta merancang perjalanan mereka supaya tidak tersekat dengan Acara yang sedang berlangsong di Ibu Kota Kuala Lumpur pada hari yang berkenaan.

KL Xtra diharap akan dapat membenihkan aktibiti gaya hidup sihat, extra care for your health,  extra conscious of your surrounding and environment, extra awareness. Kita juga hendak warga kota extra friendly, extra safe dan extra united. Semoga dengan perpaduan dan persefahaman yang ujud, Bandaraya Kuala Lumpur akan bertambah maju dan menjadi persekitaran yang sihat dan sempurna untuk penghuni dan pengunjung.


Dengan ini dengan lafaz  Bismillahhirrahmanirrahim saya melancarkan Kuala Lumpur Xtra dan Kuala Lumpur Car Free Morning sempena tahun Melawat Malaysia 2014.