Anak Malaysia

Saturday, October 6, 2012

Syukur Alhamdullilah, selamat menjalani procedure Angioplasty di DSH

Sykur Alhamdullilah, Anak Malaysia telah selamat menjalani procedure Angioplasty dimana stand sepanjang 48mm telah disalurkan dalam artery kiri (dua stand 20 mm dan 18mm) satelah menjalani pemereksaan Angiogram . Kepada kawan kawan semua, jangan tunggu sakit dada atau badan peluh sejuk. Anak Malaysia tak ada symtom sakit dada atau keletihan tetapi oleh kerana tekanan Olympic London, Anak Malaysia terasa macam indigestion apabila terlebih sedikit makan. Apabila menjalani ujian stress test tidak pula penat atau pengsan, tetapi Doktor dapat mengesan ada kekurangan Oxygen apabila sedang berehat salepas 5 minit menjalani ujian.  Kekurangan Oxygen itu adalah kerana Artery kiri yang telah "narrow". Syukur dan bernasib baik, kalau tak dikesan, dalam masa 5 atau 6 bulan artery itu bloked, maka boleh jadi macam macam hal, stroke, heart attack dll. Satelah ramai kawan kawan rebah dan diserang, elok lah kita berwaspada dan berjaga jaga. Insya ALLAH kita akan selamat sejahtera.