Friday, July 29, 2011
At the launching of the Sports Business Conference 2011
Tuesday, July 26, 2011
From the Akmal Ariff, Athirah and Mohd Aizat archive
Monday, July 25, 2011
Bergolof dengan Rakan Rakan Bapak dari Indonesia
Sunday, July 24, 2011
Saturday, July 23, 2011
Friday, July 15, 2011
Siapakah Ambiga Sreenevasan? Nota dari seorang hamba ALLAH.
Ada hamba ALLAH menghantar kepada saya mengenai seorang yang bernama AMBIGA SREENEVASAN
Wanita India bukan Muslim, Ambiga Sreenevasan, yg kini menjadi Ketua kpd Mat Sabu dan PAS dalam Bersih 2.0 pernah membuat tuntutan-tuntutan anti-Islam berikut ketika dia di dalam IFC (Inter-Faith Commission) dulu:
"Melayu Perak said...
MasyaAllah..bacalah kembali dan renungilah apakah tuntutan Ambiga atau IFC terhadap kerajaan di bawah ini...Nauzubillah minzalik...inikah manusia yang kita sokong pada 9 Julai yang lalu?
1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.
3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.
4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.
6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.
7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
Inilah perjuangan Ambiga yang sedang mendapat sokongan daripada orang Islam PAS dan PKR di dalam negara kita. Maka, tunggu sahajalah kehancurannya...
Thursday, July 14, 2011
Apabila Ambiga menuntut hak asasi nya, beliau perlu akur kepada hak asasi insan yang lain juga. Hak asasi nya tidak boleh mengenepikan hak orang lain.
PERISYTIHARAN HAK ASASI MANUSIA SEJAGAT
MUKADDUMAH
Bahawasanya pengiktirafan keutuhan kemuliaan dan hak samarata serta asasi yang tak terpisah bagi seluruh umat manusia adalah asas kebebasan,keadilan dan kedamaian dunia.
Bahawasanya pengabaian serta penghinaan terhadap hak asasi manusia telah pun mengakibatkan tindakan terkutuk yang telah melanggari perasaan hati umat manusia, dan munculnya sebuah dunia di mana manusia akan menikmati kebebasan berucap dan menganut kepercayaan serta kebebasan dari rasatakut dan citarasa telah pun diisytiharkan sebagai aspirasi toragung seluruh umat manusia.
Sekiranya kita tidak mahu mendorong manusia dalam keadaan terdesak, sebagai pilihan terakhir, memberontak mementang kezaliman serta penindasan, maka adalah penting bagi hak asasi manusia dipertahankan oleh kedaulatan undang-undang.
Bahawasanya adalah penting bagi memajukan perkembangan perhubungan persahabatan di antara negara-negara.
Bahawasanya rakyat Bangsa-Bangsa Bersatu, dalam Piagamnya telah sekali lagi menegaskan kepercayaan mereka terhadap hak asasi manusia, terhadap kemuliaan serta nilaidiri manusia dan terhadap hak samarata lelaki dan perempuan dan telah menetapkan keazaman untuk memajukan perkembangan sosial dan taraf hidup yang lebih sempurna dalam suasana kebebasan yang lebih luas.
Bahawasanya Negara-Negara Anggota telah berikrar untuk masing-masing mencapai, dengan kerjasama Bangsa-Bangsa Bersatu, pengutaraan kehormatan sejagat terhadap, serta pematuhan, hak asasi manusia dan kebebasan asasi.
Bahawasanya satu fahaman bersama terhadap hak serta kebebasan ini seluruhnya adalah terpenting demi menjadikan ikrar ini kenyataan sepenuhnya. MAKA DENGAN INI
Perhimpunan agung mengisytiharkan
Perisytiharan sejagat hak asasi manusia ini sebagai suatu ukuran bersama terhadap pencapaian oleh seluruh umat manusia dan kesemua negara dengan tujuan supaya setiap individu dan setiap badan masyarakat, dengan senantiasa mengingati Perisytiharan ini, hendaklah berazam melalui pengajaran dan pendidikan bagi memajukan sanjungan terhadap seluruh hak-hak dan kebebasan ini dan secara langkah-langkah berperingkat-peringkat, di bidang negara dan antarabangsa, bagi menjaminkan pengkitirafan dan pematuhan sejagatnya yang berkesan, kedua-duanya di antara negara-negara anggota masing-masing dan rakyat wilayah-wilayah di bawah bidangkuasa mereka.
Perkara 1.
Semua manusia dilahirkan bebas dan samarata dari segi kemuliaan dan hak-hak. Mereka mempunyai pemikiran dan perasaan hati dan hendaklah bertindak di antara satu sama lain dengan semangat persaudaraan.
Perkara 2.
Setiap orang adalah berhak kepada semua hak-hak dan kebebasan yang termaktub dalam Perisytiharan ini, tanpa sebarang apa jua pembezaan, seperti bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, ugama, faham politik atau lain-lain fahaman, asal-usul bangsa keturunan atau sosial harta-benda, kelahiran atau apa-apa taraf lain.
Seterusnya, tiada sebarang pembezaan boleh dibuat berasaskan pada taraf politik atau bidangkuasa ataupun antarabangsa sesebuah negara atau wilayah datangnya seseorang itu, sama ianya merdeka, beraùanah, tanpa pemerintahan sendiri atau berada di bawah apa-apa sekatan kedaulatan lainnya.
Perkara 3.
Setiap orang adalah berhak kepada nyawa, kebebasan dan keselamatan diri.
Perkara 4.
Tiada sesiapa pun boleh diperhamba atau diperabdikan; keabdian dan dagangan hamba abdi hendaklah dilarang dalam semua bentuknya.
Perkara 5.
Tiada sesiapa pun boleh dikenakan seksaan atau layanan atau hukuman yang zalim, tidak berperikemanusiaan atau menghinakan.
Perkara 6.
Setiap orang adalah berhak kepada pengiktirafan di mana jua sebagai seorang insan di sisi undang-undang.
Perkara 7.
Semua orang adalah samarata di sisi undang-undang dan berhak tanpa apa-apa pembezaan kepada perlindungan yang samarata di sisi undang-undang. Semua orang adalah berhak kepada perlindungan yang samarata daripada sebarang pembazaan yang melanggar Perisytiharan ini dan daripada sebarang hasutan terhadap pembezaan sedemikian.
Perkara 8.
Setiap orang adalah berhak kepada pemulihan yang berkesan oleh tribunal-tribunal kebangsaan yang kompeten terhadap tindakan-tindakan yang melanggar hak-hak asasi yang diberikannya oleh perlembagaan atau oleh undang-undang.
Perkara 9.
Tiada sesiapa pun boleh dikenakan tangkapan, tahanan atau pembuangan negeri secara sewenang-wenangnya.
Perkara 10.
Setiap orang adalah berhak dengan samarata sepenuhnya kepada pembicaraan adil dan terbuka oleh suatu tribunal bebas dan saksama, dalam penetapan hak-hak dan tanggungannya dan sebarang tuduhan jenayah terhadapnya.
Perkara 11.
- Setiap orang yang dituduh dengan kesalahan keseksaan adalah berhak dianggap tidak salah sehingga dibuktikan salah menurut undang-undang di dalam perbicaraan terbuka di mana dia telah diberikan segala jaminan yang perlu untuk pembelaannya.
- Tiada sesiapa pun boleh diputuskan bersalah atas sebarang kesalahan keseksaan oleh kerana sebarang tindakan atau ketinggalan yang tidak merupakan suatu kesalahan kesiksaan, di sisi undang-undang kebangsaan atau antarabangsa, pada masa ianya dilakukan. Tiada pula boleh dikenakan sebarang hukuman yang lebih berat dari hukuman yang terpakai ketika kesalahan keseksaan itu dilakukan.
Perkara 12.
Tiada sesiapa pun yang boleh dikenakan kepada sebarang gangguan sewenang-wenangnya terhadap keadaan peribadi, keluarga, rumahtangga atau surat-menyuratnya, atau percerobohan ke atas maruah dan nama baiknya. Setiap orang berhak kepada perlindungan undang-undang terhadap gangguan atau percerobohan sedemikian.
Perkara 13.
- Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan bergerak dan bermastautin di dalam sempadan sesebuah negara.
- Setiap orang berhak meninggalkan mana-mana negara, termasuk negaranya sendiri,dan kembali semula ke negaranya.
Perkara 14.
- Setiap orang berhak memohon dan menikmati perlindungan politik dalam negara lain daripada sebarang aniaya.
- Hak ini tidak boleh dituntut bagi pendakwaan yang benar-benar timbul daripada kesalahan bukan politik atau daripada tindakan yang bertentangan dengan tujuan-tujuan dan prinsip-prinsip Bangsa-Bangsa Bersatu.
Perkara 15.
- Setiap orang adalah berhak kepada suatu kewarganegaraan.
- Tiada sesiapa pun boleh dilucutkan kewarganegaraannya secara sewenangwenangnya atau dinafikan hak menukar kewarganegaraanya.
Perkara 16.
- Lelaki dan perempuan dewasa, tanpa mengira bangsa, kewarganegaraan atau ugama, berhak berkahwin dan menubuhkan keluarga. Mereka adalah berhak kepada hak-hak samarata berhubung dengan perkahwinan, dalam tempoh masa perkahwinan dan pada pembubarannya.
- Perkahwinan hanya boleh dilaksanakan dengan persetujuan bebas dan sepenuhnya oleh pihak-pihak yang bercadang untuk berkahwin.
- Keluarga adalah yunit kumpulan semulajadi dan asasi dalam masyarakat dan adalah berhak kepada perlindungan oleh masyarakat dan Negara.
Perkara 17.
- Setiap orang berhak memiliki harta secara bersendirian serta secara berkongsi dengan orang lain.
- Tiada sesiapa pun boleh dilucutkan harta-bendanya secara sewenang-wenangnya.
Perkara 18.
Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berfikir, perasaan hati dan ugama; hak ini termasuklah kebebasan menukar ugama atau kepercayaannya, dan kebebasan, samada secara bersendirian atau secara bersama-sama dengan orang-orang lain dan secara terbuka atau bersendiri, menganuti ugama atau kepercayaannya melalui pengajaran, amalan, pemujaan dan pematuhan.
Perkara 19.
Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan.
Perkara 20.
- Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan.
- Tiada sesiapa pun boleh dipaksa menjadi ahli mana-mana pertubuhan.
Perkara 21.
- Setiap orang berhak mengambil bahagian dalam kerajaan negaranya, secara langsung atau melalui wakil-wakil yang dipilih dengan bebas.
- Setiap orang adalah berhak kepada peluang samarata kepada perkhidmatan awam dalam negaranya.
- Kemahuan rakyat hendaklah menjadi asas kewibawaan kerajaan; kemahuan ini hendaklah dibuktikan melalui pilihanraya berkala yang sejati yang mana hendaklah diadakan secara sejagat dan samarata dan hendaklah diadakan secara undi sulit atau melalui acara pengundian bebas yang ketara.
Perkara 22.
Setiap orang, sebagai anggota masyarakat, adalah berhak kepada keselamatan sosial dans berhak menjadikan suatu kenyataan, melalui usaha negara dan kerjasama antara-bangsa dan menurut organisai dan sumber-sumber dalam negara masing-masing, hak-hak ekonomi, sosial dan kebudayaan yang termesti bagi kemuliaannya dan perkembangan bebas keperibadiannya.
Perkara 23.
- Setiap orang adalah berhak kepada pekerjaan, kepada pemilihan pekerjaannya secara bebas, kepada keadaan-keadaan pekerjaan yang adil dan berfaedah baginya dan kepada perlindungan daripada pengangguran.
- Setiap orang, tanpa sebarang pembezaan, adalah berhak kepada penggajian yang sama bagi kerja yang sama.
- Setiap orang yang bekerja adalah berhak kepada pembayaran saraan yang adil dan berfaedah baginya yang mana mempastikan buat diri dan keluarganya suatu kehidupan sesuai dengan kemuliaan manusia, dan yang mana ditambah, jika pertu, oleh cara-cara perlindungan sosial yang lainnya.
- Setiap orang berhak menubuh dan menjadi ahli kesatuan sekerja bagi memperlindungi kepentingan-kepentingannya.
Perkara 24
Setiap orang adalah berhak kepada rihat dan masa lapang, termasuk batasan munasabah keatas masa bekerja dan cuti bergaji yang berkala.
Perkara 25
- Setiap orang adalah berhak kepada suatu taraf hidup yang memadai bagi kesihatan dan kebajikan diri dan keluarganya, termasuklah makanan, pakaian, perumahan dan pengawasan perubatan serta perkhidmatan sosial yang perlu, dan berhak kepada perlindungan ketika berlakunya pengangguran, kesakitan, ketidakupayaan, diperjandaan, keuzuran atau lain-lain kekurangan kehidupan dalam keadaan di luar kawalannya.
- Ibu dan anak adalah berhak kepada jagaan serta bantuan khas. Semua kanak-kanak, samada dilahirkan di dalam maupun di luar nikah, hendaklah menikmati perlindungan sosial yang sama.
Perkara 26.
- 1)Setiap orang adalah berhak kepada pelajaran. Pelajaran hendaklah diberikan percuma, sekurang-kurangnya pada peringkat awal dan asasnya. Pelajaran peringkat awal hendaklah diwajibkan. Pelajaran teknikal serta profesional hendaklah disediakan untuk umum dan pelajaran tinggi hendaklah mempunyai akses yang samarata kepada semua orang atas dasar kebolehan.
- Pelajaran hendaklah ditujukan kepada perkembangan sepenuhnya keperibadian manusia dan ke arah memperkukuhkan lagi rasa hormat bagi hak-hak dan kebebasan asasi manusia, lanya hendaklah memupuk persefahaman, kesabaran dan persahabatan di kalangan semua negara, bangsa atau kumpulan-kumpulan ugama, dan hendaklah memajukan segala kegiatan Bangsa-Bangsa Bersatu demi memelihara keamanan.
- Ibu-bapa mempunyai hak terdahulu untuk memilih jenis pelajaran yang akan diberikan kepada anak-anak mereka.
Perkara 27.
- Setiap orang berhak secara bebas mengambil bahagian dalam kegiatan kebudayaan masyarakatnya, menikmati kesenian dan sama-sama merasai kemajuan sains dan faedah-faedahnya.
- Setiap orang adalah berhak kepada perlindungan kepentingan-kepentingan moral dan kebendaan hasil dari sebarang penghasilan sains, kesusasteraan atau kesenian yang mana ianya adalah penciptanya.
Perkara 28.
Setiap orang adalah berhak kepada suatu susunan sosial dan antarabangsa dalam mana hak-hak asasi dan kebebasan yang termaktub dalam Perisytiharan ini boleh dijadikan kenyataan sepenuhnya.
Perkara 29.
- Setiap orang mempunyai kewajipan terhadap masyarakat hanya dalam mana perkembangan keperibadiannya secara bebas dan seluruhnya termungkin.
- Dalam mengamalkan hak-hak dan kebebasannya, setiap orang tertakluk hanya kepada batasan-batasan seperti yang ditentukan oleh undang-undang semata-mata bagi tujuan menjamin pengiktirafan dan penghormatan yang sepatutnya terhadap hak-hak dan kebebasan orang lain dan untuk mendekati keperluan-keperluan sepatutnya bagi akhlak, ketenteraman awam dan kebajikan umum dalam suatu masyarakat yang demokratik.
- Hak-hak dan kebebasan ini tidak boleh sama sekali diamalkan secara bertentangan dengan tujuan-tujuan dan prinsip-prinsip Bangsa-Bangsa Bersatu.
Perkara 30.
Tiada apa-apa jua dalam Perisytiharan ini boleh ditafsirkan sebagi sedia tersirat memberikan kepada mana-mana negara, kumpulan atau perseorangen sebarang hak untuk melibatkan diri dalam apa-apa kegiatan atau melakukan apa-apa perbuatan dengan tujuan memusnahkan apa-apa hak dan kebebasan yang termaktub dalam Perisytiharan ini.
Tuesday, July 12, 2011
At Dato Aini Taib's wedding reception for his son.
Monday, July 11, 2011
Wednesday, July 6, 2011
TOKOH 1 MALAYSIA Malam NPC NAZA
05 July 2011
Azizulhasni Tokoh 1Malaysia NPC-Tan Sri Nasimudin
Oleh: Aida Abd Rahman
Kegemilangan di pentas antarabangsa yang dicipta anak Terengganu, Mohd Azizulhasni Awang dalam arena sukan berbasikal negara menobatkan namanya selaku penerima Tokoh 1Malaysia Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) NPC-Tan Sri Nasimuddin SM Amin.
Azizulhasni menerima anugerah berprestij itu hasil sumbangannya mengharumkan nama negara dalam sukan berbasikal termasuk memenangi emas dalam acara keirin pada kejohanan Piala Dunia Klasik Beijing, China tahun lalu.
Anugerah disampaikan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak pada Malam Anugerah NPC-Naza 2011, Kuala Lumpur, malam tadi.
Selain Azizulhasni, anugerah turut disampaikan kepada beberapa wartawan termasuk Anugerah Pencapaian Seumur Hidup NPC-TM yang diterima bekas Pengarang Berita Bernama, Musa Scully. Beliau berkecimpung selama 30 tahun dalam dunia kewartawanan dan 16 tahun dalam bidang perhubungan awam.
Manakala Khalidah Adibah Amin, 74, atau lebih dikenali sebagai Adibah Amin menerima Anugerah Legenda Media NPC-AmBank dengan masing-masing menerima RM10,000 dan plak.
Ketua Pengarang Kumpulan The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai menerima Anugerah Personaliti Media NPC-Celcom sementara Presiden NPC, Datuk Ahiruddin Atan atau Rocky Bru menerima Anugerah Ikon Media NPC-Maxis.
Anugerah lain termasuk Wartawan The Star, Shahanaz Habib (Wartawan Terbaik NPC-SCOMI (RM10,000 dan plak; Melissa Ong dari NTV7 (Wartawan Muda Terbaik NPC-Celcom) (RM5,000 dan plak); Wartawan MalaysiaKini, Aidila Razak (Wartawan Online Terbaik NPC-UEM (menerima RM5,000 dan plak) dan www.paultan.org (Penulis Blok Terbaik NPC-Sime Darby (RM3,000 dan plak).
Harnizam Basri completes the UCI Coaching Program at Aigle.
Coach Development Programme: nine coaches complete course at World Cycling Centre |
05.07.2011 |
Nine coaches from eight different countries have just finished the first of two Coach Development Programme (CDP) courses being held this year at the World Cycling Centre (WCC) in Aigle, Switzerland. The extensive eight-week course was attended by coaches from New Zealand, Qatar, the Netherlands, Japan, Malaysia, Iran, Iraq and Rwanda. For the first time, two female coaches were among the course participants: Carolien Van Herrikhuyzen (NED), who works with a track sprint racing team, and Maryam Abedi Ardahaee (IRI) who is looking to coach female road and track cyclists in Iran. While the first CDP course of the year was aimed at road and track coaches, the next course, from September 5th to October 28th, will be tailored for coaches of the BMX and mountain bike disciplines. Launched in January 2010, the CDP aims to develop coaches’ expertise and consequently improve the level of coaching worldwide. The 2011 programme includes new topics such as recovery and fatigue, strategies for the travelling athlete and training at altitude. Input from external experts A number of external experts have also been brought in to take sessions on laboratory testing, coaching with power, performance analysis and position on the bike. These experts, who have worked with numerous current elite cyclists across all of the cycling disciplines, provided precious input by sharing their experience with the coaches on the courses. WCC Education and Training Manager, Mr Keith Flory, expressed his satisfaction that the first CDP course of the year had attracted participants from such a variety of coaching backgrounds. “We had nine coaches from across the globe working hard to raise their coaching knowledge and experience to even higher levels. It was also excellent to have our first female coaches, which is something I hope to continue to see.” Next course for mountain bike and BMX coaches Participants of the next mountain bike and BMX course will have the opportunity to work alongside WCC BMX coach Thomas Allier and elite mountain bike coach, Chantal Daucourt. All information on the programme can be found in the Coach Development Programme Information Pack. To reserve a place on the next mountain bike / BMX Coach Development Programme course, please do not hesitate to contact the World Cycling Centre team at coaching@uci.ch Photo (back from left): WCC Education and Training Manager Keith Flory with course participants Saeed Hamdmaleki, Carolien Van Herrikhuyzen, Harnizam Basri, Maryam Abedi Ardahaee, Yoshii Koji and (front from left) Sameer Al-Zeyadi, Tareq Esmaeili, Ross Machejefski. (missing is Rwandan coach Benoit Munyankindi). |