Ay Omar berasal dari Bukit Cina Melaka, dan kerana kecemerlanganya berkhidmat sebagai polis telah dinaikkan pangkat Sarjan dan ditukarkan ke Kuala Lumpur dibawah pemerintahan British. Beliau mempunyai 3 isteri (tetapi xdapat kesan nama mereka). Diantara anak-anaknya ialah Mohd Said, Maimunah (kubur sebelah dato di Kg Baru), dan Fatimah.
Ay Omar telah berkawan baik dengan Ay Abu Bakar bin Ishak, guru silat dari Umbai, Melaka. Maka itu mereka telah jodohkan Ay Mohd Said dengan anak Ay Abu Bakar iaitu Fatmah bte Abu Bakar dari Umbai - nenek kita. Mereka mempunyai anak: Mahani, Khadijah, Ahmad, Zaharah, Abas, Juairiah, Hamzah dan yang masih ada Jamilah.
Kisah selanjutnya akan disambung kemudian, bagimana keluarga ini sampai ke Ceylon, Liverpool, Brazil dan Finland.
Sempena tahun 2009 inilah diadakan majlis Hol (genap tahunnya) untuk mereka dan SEMUA ahli keluarga kita.
Kenapa buat di Jenderam? Abang pilih Jenderam untuk mendapat keberkatan Masjid tersebut, dimana Yayasan Al Jenderami dihuni oleh 41 orang anak yatim miskin, 96 orang warga emas yang menumpukan sepenuh masa mereka dengan beribadat setiap hari seperti sembahyang berjemaah, membaca quran, membaca ratib, mengikuti pengajian, dan sebagainya dan juga lebih 70 keluarga ahli qariah yang tinggal disitu. Tambahan pula lebih dari 200 orang ahli muzakarah yang mengikuti pengajian umummi pada tiap Isnin, Rabu, Sabtu dan Ahad. Pengajian khususi pula terdiri dari 15 orang pelajar pondok lelaki dan 20 pelajar banat (perempuan).
Tambahan pula pada hari berkenaan (Sabtu 4 April) bertetepan Hol Sultanul Auliak Sheikh Abd Kadir Al Jalani, saorang Auliak termasyhor di Baghdad. Pada malam tersebut akan dibacakan manaqibnya (riwayat hidupnya) Maka rasional mengadakan di Jenderam jelas, supaya majlis yang kita anjurkan ini insyaAllah akan lebih mendapat keberkatan Allah s.w.t. dan semoga diturunkan rahmat kepada majlis tersebut.
Hj Abu Bakar Aziz.
Hj Abu Bakar Aziz.