Anak Malaysia

Saturday, November 1, 2008

Perjumpaan dengan kawan Ayahanda Datuk Hj Mohamad

KULI decides to go for democracy instead of ........

YBM Tengku Razaleigh Hamzah telah bersetuju untuk berjumpa dengan penulis dipejabat beliau pada 30hb Oktober, 2008 pada jam 4-00 petang.Didalam pertemuan itu penulis telah membincangkan dua perkara dan ingin mendapat maklum balas dari YBM Tengku sebagai seorang “elderly statesman” atau pun negarawan yang dihormati yang telah banyak menabur khidmat bakti kepada Agama, Bangsa dan Negara mengenai UMNO dan Barisan Nasional sekarang dan masa depan nya.

UMNO

Kami bersetuju bahawa UMNO adalah didalam keadaan yang lemah sekarang dan usaha yang gigih diperlukan untuk mengembelingkan kepercayaan orang orang Melayu dan generasi muda untuk menyokong UMNO sebagai satu wadah dan platform politik Melayu. Walaupun orang orang Melayu dan Bumiputera merupakan lebih dari 60% penduduk di Malaysia tetapi mereka berpecah kepada tiga kelompok besar dibawah panji panji UMNO, PAS dan PKR.

YBM Tengku Razaleigh berpendapat bahawa UMNO tidak lagi demokratik dan generasi muda tidak mendapat tempat didalam UMNO kerana penyertaan mereka telah disekat dan juga mereka tidak dapat menerima sesetengah pimpinan UMNO diperingkat Cawangan dan Bahagian.

Untuk menunjukkan bahawa UMNO itu demokratik maka YBM Tengku Razaleigh telah menawarkan dirinya untuk bertanding jawatan tertinggi Parti untuk membuktikan bahawa demokrasi ujud dan segar bugar didalam UMNO. YBM Tengku berasa kecewa kerana salepas 62 tahun UMNO dibentuk dan salepas 51 tahun Merdeka, Melayu masih belum berada ditempat yang sewajarnya. Beliau ingin menjadi lilin untuk membakar diri untuk kepentingan orang Melayu keseluruhan nya.

Rekod YBM Tengku Razaleigh semasa didalam dan diluar Kerajaan bagi memperjuangkan ketuanan Melayu didalam bidang Ekonomi dan Pendidikan tidak siapa akan dapat menafikan.

Penulis melontarkan pandangan kepada YBM Tengku Razaleigh bahawa kalaupun kita dapat membuktikan bahawa UMNO itu demokratik, kerana demokrasi nya itu, UMNO boleh menjadi lebih lemah kerana pertandingan pertandingan yang membawa gambaran kepada perpecahan didalam UMNO dan pemimpin serta ahli ahli UMNO tidak dapat mencapai persefahaman untuk bersatu padu didalam sebuah parti perjuangan orang Melayu.

Peluang untuk menguatkan UMNO ialah sekarang dengan menunjukkan kepada Dunia dan juga rakyat Malaysia bahawa pemimpin UMNO itu kuat dan menerima sokongan satu ratus peratus dari keseluruhan anggota Parti. Jika instituisi Presiden (pimpinan) parti kukuh dan didokong oleh semua ahli Parti, maka Dunia dan rakyat Malaysia akan mendapat gambaran bahawa UMNO kuat. Pertandingan yang sihat diperingkat peringkat yang lain tidak akan memecah belahkan UMNO kerana UMNO mempunyai seorang Ketua yang akan dapat memacu perjuangan orang Melayu kehadapan satelah barisan pimpinan UMNO yang lain dipilih oleh Perhimpunan Agong UMNO.

Penulis telah memaklumkan kepada YBM Tengku Razaleigh bahawa kalau mengikut kajian dan ramalan penulis, YBM Tengku kemungkinan besar akan hanya mendapat pencalunan dari Gua Musang dan Pasir Mas sahaja. Walau pun pada awalnya Batu Pahat dan Tenom merupakan bahagian bahagian yang berupaya mencalunkan YBM Tengku sebagai Presiden tetapi telah tidak membuat demikian.

Penulis merayu dan memohon kepada YBM Tengku Razaleigh supaya memikirkan masa depan orang melayu dan seterus nya memainkan peranan yang pro aktif dalam “main stream” UMNO dan bukan sebagai penyalak atau pengkeritik dari luar. Berikan peluang kepada YAB Dato Seri Najib untuk mendapat sokongan seratus peratus UMNO untuk memacu kehormatan dan kemajuan orang orang Melayu di Malaysia.

YBM Tengku Razaleigh menanyakan siapakah Timbalan yang YAB Dato’ Seri Najib boleh kerjasama? Penulis menerangkan bahawa kalau apa yang penulis kenal sikap YAB Dato’ Seri Najib, beliau akan menyerahkan kepada UMNO untuk membuat keputusan itu. Siapa yang dipilih oleh UMNO itulah Timbalan nya. Apabila ditanya sekali lagi, penulis menyatakan bahawa setakat ini, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat pencalunan yang banyak dan telah melayakkan diri, suka tidak suka YAB Dato Seri Najib terpaksa menerima calun yang mendapat sokongan majority ahli ahli UMNO.

Dari sudut pandangan politik, Timbalan Presiden bakal menjadi Timbalan Perdana Menteri. Seorang Senator dan Ketua Menteri boleh merumitkan proses tradisi itu.

Barisan Nasional

Penulis telah menerangkan mengenai cadangan “BN Direct Membership” kepada YBM Tengku Razaleigh. Ini boleh merupakan satu forum dimana ahli ahli yang tidak mahu menjadi ahli ahli dimana mana parti komponen boleh bergiat mengukuhkan Barisan Nasional.

YBM Tengku Razaleigh tidak nampak bagaimana cadangan ini boleh mengukuhkan Barisan Nasional apabila Barisan Nasional sekarang juga didalam keadaan yang lemah salepas Pilihanraya kedua belas yang baru lalu. Tidak ada persefahaman dikalangan anggota parti parti komponen dan seolah olah tidak ada semangat hormat menghormati.

Penulis menerangkan bahawa proses regenerasi yang sedang berlaku didalam parti parti komponen sekarang akan lebih menyulitkan pengukuhan Barisan Nasional. Ia memerlukan seorang yang berpengalaman dan “authoritative” untuk memandu perpaduan kaum kearah yang hendak diperjuangkan oleh Barisan Nasional.

Orang lama saperti YBM Tengku Razaleigh boleh memainkan peranan yang penting didalam aspek ini. Peranan ini telah dilaksanakan dengan penoh berkesan oleh Allahyarham Tun Ghafar Baba semasa beliau masih hidup lagi. Pemimpin pemimpin Barisan Nasional perlu rujukkan kepada pengasas pengasas Barisan Nasional dan mereka yang telah terlibat dengan pimpinan Barisan Nasional dan Kerajaan semenjak Kemerdekaan lagi.

Orang lama yang masih hidup boleh beritahu mereka bahawa segala persefahaman dan kesepakatan ini telah dicapai demi untuk menyelamatkan Malaysia dan semua rakyat nya bukan untuk perjuangan sesuatu kaum semata mata. Perjuangan kaum adalah didalam konteks menyelesikan masaalah sosial dan ekonomi kaum itu didalam parti masing masing dengan “consensus” yang dicapai diperingkat tertinggi Barisan Nasional.

Tuan Haji Redhuan pun mengetuk pintu untuk memaklumkan bahawa sudah sampai waktu untuk appointment YBM Tengku yang seterusnya. Waktu menunjukkan tepat pada jam 5-00 petang. Satu jam telah berlalu dengan begitu pantas sekali dan penulis berasa sukacita kerana telah dapat bersua muka dengan YBM Tengku satelah sekian lama dan YBM Tengku pun berasa gembira kerana telah dapat mendengar pandangan pandangan dari penulis.

Disediakan oleh: Datuk Naim Mohamad

Pada 1 hb November, 2008.