Anak Malaysia

Sunday, November 30, 2008

Media Nite 2008

A very successful event by the National Press Club at the Petaling Jaya Hilton Ballroom from 8-00 pm on the 28th of November, 2008. Anak Malaysia enjoyed the evening and managed to sing a few words together with the Malaysian ELVIS. The opening show was a wild one but overall it is a very cool happening and the Guinness Anchor was flooding the ballroom. Seen in the picture above the opening act.

Friday, November 28, 2008

On top of the world

On the 26th of November, 2008 anak malaysia was in Genting Hinglands
for a meeting. Seen here above, Dato Anthony Yeo chairing the session.

Friday, November 21, 2008

Work and Play

On the 17th of November, 2008 anak malaysia played a round of competition at the Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah Alam and scored 77 nett. The Gross Champion that day was Wan Abdul Aziz and the Nett Champion was Nasharuddin Omar. The team champion goes to Dato Nordin, Dato Aini, Dato Rosley and Mahmud Zainuddin, they collected a prize of Ringgit Malaysia 1K.

On the 18th November, 2008 anak malaysia chaired the Advisory Committee on ICT for the Cooperative College of Malaysia. Representative from MECD, SKM, Mampu, MOSTI and MKM management team were present.

Sunday, November 16, 2008

SDHS Class of 71-dinner get together

Thursday, November 13, 2008

Sport City, MALAYSIA

YB Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan sesuatu kepada Anak Malaysia.

KOMPLEKS Sukan Negara di Bukit Jalil - persekitaran gelanggang kebangsaan negara yang dibina khas buat penganjuran temasya Sukan Komanwel 1998 lalu - kini sah akan bergelar 'Kota Sukan Malaysia.'

Pendedahan itu dinyatakan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebagai reaksi balas segera terhadap saranan diluahkan pada hari terakhir Konvensyen Sukan Kebangsaan, semalam.

Pengumuman itu adalah reaksi balas terhadap cadangan Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad, yang diketengahkan olehnya pada sesi bengkel konvensyen itu, kelmarin.

"Kita harus mempunyai pangkalan tetap untuk pembangunan sukan negara, bermula sebagai pangkalan untuk persiapan sebelum ke Sukan Olimpik 2012.

"Ia pusat yang bukan sahaja menghimpunkan semua atlit, tetapi juga mempunyai pelbagai kepakaran, termasuk aspek penyelidikan dan pembangunan bakat," kata Naim.

Malah, Naim membayangkan susulan kepada Kota Sukan Malaysia itu ialah pengwujudan beberapa 'bandar sukan' di setiap negeri supaya mampu jadi pembekal atlit berpotensi kepada pusat utama itu.

Ditanya langkah segera untuk merealitikan status Kota Sukan itu, Ismail Sabri berkata kerja-kerja menaiktaraf kemudahan sedia ada akan dilakukan secepat mungkin.

"Kita akan naik taraf apa yang ada. Selain itu, kita juga akan lihat komponen-komponen lain yang diperlukan. Kita mahu ia jadi kota yang ada semuanya untuk menghimpunkan atlit elit negara," katanya.

KSN mempunyai kemudahan Stadium Nasional, Stadium Putra, Pusat Akuatik Nasional, Stadium Hoki Nasional, Pusat Skuasy Kebangsaan serta Majlis Sukan Negara (MSN) yang berletak berhampiran.

Wednesday, November 12, 2008

DiKonvensyen Sukan Malaysia 2008

YAB Dato Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di majlis perasmian.

Kelihatan anak Malaysia bersama Dato Nik Mahmud Nik Yusuf, Pesuruhjaya Sukan, Malaysia.

Sunday, November 9, 2008

Completing School in Manchester

Anak Malaysia successfully completes the International Event and Administration Course at the Manchester Business School, University of Manchester from the 3rd to the 7th November,2008.

Anak Malaysia was awarded a scholarship to pursue the course from British Cycling and supported by Manchester City Council, UK Sport and the North West Regional Development Authority. His attendance was supported by the Malaysian National Cycling Federation and The National Sports Council (NSC).

Wednesday, November 5, 2008

The 44th President of the United States of America



America had decided and that they had chosen the first Black African American to be their 44th President.

Congratulations to Barack Obama for propelling and driving the CHANGE.

The American people needed this change and so the WORLD.

AMERIKA BOLEH.MALAYSIA BOLEH. SEMUA BOLEH.

Going back to school at the University of Manchester, Business School.


Anak Malaysia went back to school, at the Manchester Business School, University of Manchester in the United Kingdom from the 3rd of November to the 7th of November, 2008. He secured a scholarship from the UCI academy to do the five day intensive course there in UK.
On Day One anak Malaysia was very glad that the weather was very accomodating after hearing from a friend that a day or two earlier, London was snowing. He had quite a hectic day
on Day Two and the five day course is very interesting in that only 14 was candidates selected.

Saturday, November 1, 2008

Perjumpaan dengan kawan Ayahanda Datuk Hj Mohamad

KULI decides to go for democracy instead of ........

YBM Tengku Razaleigh Hamzah telah bersetuju untuk berjumpa dengan penulis dipejabat beliau pada 30hb Oktober, 2008 pada jam 4-00 petang.Didalam pertemuan itu penulis telah membincangkan dua perkara dan ingin mendapat maklum balas dari YBM Tengku sebagai seorang “elderly statesman” atau pun negarawan yang dihormati yang telah banyak menabur khidmat bakti kepada Agama, Bangsa dan Negara mengenai UMNO dan Barisan Nasional sekarang dan masa depan nya.

UMNO

Kami bersetuju bahawa UMNO adalah didalam keadaan yang lemah sekarang dan usaha yang gigih diperlukan untuk mengembelingkan kepercayaan orang orang Melayu dan generasi muda untuk menyokong UMNO sebagai satu wadah dan platform politik Melayu. Walaupun orang orang Melayu dan Bumiputera merupakan lebih dari 60% penduduk di Malaysia tetapi mereka berpecah kepada tiga kelompok besar dibawah panji panji UMNO, PAS dan PKR.

YBM Tengku Razaleigh berpendapat bahawa UMNO tidak lagi demokratik dan generasi muda tidak mendapat tempat didalam UMNO kerana penyertaan mereka telah disekat dan juga mereka tidak dapat menerima sesetengah pimpinan UMNO diperingkat Cawangan dan Bahagian.

Untuk menunjukkan bahawa UMNO itu demokratik maka YBM Tengku Razaleigh telah menawarkan dirinya untuk bertanding jawatan tertinggi Parti untuk membuktikan bahawa demokrasi ujud dan segar bugar didalam UMNO. YBM Tengku berasa kecewa kerana salepas 62 tahun UMNO dibentuk dan salepas 51 tahun Merdeka, Melayu masih belum berada ditempat yang sewajarnya. Beliau ingin menjadi lilin untuk membakar diri untuk kepentingan orang Melayu keseluruhan nya.

Rekod YBM Tengku Razaleigh semasa didalam dan diluar Kerajaan bagi memperjuangkan ketuanan Melayu didalam bidang Ekonomi dan Pendidikan tidak siapa akan dapat menafikan.

Penulis melontarkan pandangan kepada YBM Tengku Razaleigh bahawa kalaupun kita dapat membuktikan bahawa UMNO itu demokratik, kerana demokrasi nya itu, UMNO boleh menjadi lebih lemah kerana pertandingan pertandingan yang membawa gambaran kepada perpecahan didalam UMNO dan pemimpin serta ahli ahli UMNO tidak dapat mencapai persefahaman untuk bersatu padu didalam sebuah parti perjuangan orang Melayu.

Peluang untuk menguatkan UMNO ialah sekarang dengan menunjukkan kepada Dunia dan juga rakyat Malaysia bahawa pemimpin UMNO itu kuat dan menerima sokongan satu ratus peratus dari keseluruhan anggota Parti. Jika instituisi Presiden (pimpinan) parti kukuh dan didokong oleh semua ahli Parti, maka Dunia dan rakyat Malaysia akan mendapat gambaran bahawa UMNO kuat. Pertandingan yang sihat diperingkat peringkat yang lain tidak akan memecah belahkan UMNO kerana UMNO mempunyai seorang Ketua yang akan dapat memacu perjuangan orang Melayu kehadapan satelah barisan pimpinan UMNO yang lain dipilih oleh Perhimpunan Agong UMNO.

Penulis telah memaklumkan kepada YBM Tengku Razaleigh bahawa kalau mengikut kajian dan ramalan penulis, YBM Tengku kemungkinan besar akan hanya mendapat pencalunan dari Gua Musang dan Pasir Mas sahaja. Walau pun pada awalnya Batu Pahat dan Tenom merupakan bahagian bahagian yang berupaya mencalunkan YBM Tengku sebagai Presiden tetapi telah tidak membuat demikian.

Penulis merayu dan memohon kepada YBM Tengku Razaleigh supaya memikirkan masa depan orang melayu dan seterus nya memainkan peranan yang pro aktif dalam “main stream” UMNO dan bukan sebagai penyalak atau pengkeritik dari luar. Berikan peluang kepada YAB Dato Seri Najib untuk mendapat sokongan seratus peratus UMNO untuk memacu kehormatan dan kemajuan orang orang Melayu di Malaysia.

YBM Tengku Razaleigh menanyakan siapakah Timbalan yang YAB Dato’ Seri Najib boleh kerjasama? Penulis menerangkan bahawa kalau apa yang penulis kenal sikap YAB Dato’ Seri Najib, beliau akan menyerahkan kepada UMNO untuk membuat keputusan itu. Siapa yang dipilih oleh UMNO itulah Timbalan nya. Apabila ditanya sekali lagi, penulis menyatakan bahawa setakat ini, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat pencalunan yang banyak dan telah melayakkan diri, suka tidak suka YAB Dato Seri Najib terpaksa menerima calun yang mendapat sokongan majority ahli ahli UMNO.

Dari sudut pandangan politik, Timbalan Presiden bakal menjadi Timbalan Perdana Menteri. Seorang Senator dan Ketua Menteri boleh merumitkan proses tradisi itu.

Barisan Nasional

Penulis telah menerangkan mengenai cadangan “BN Direct Membership” kepada YBM Tengku Razaleigh. Ini boleh merupakan satu forum dimana ahli ahli yang tidak mahu menjadi ahli ahli dimana mana parti komponen boleh bergiat mengukuhkan Barisan Nasional.

YBM Tengku Razaleigh tidak nampak bagaimana cadangan ini boleh mengukuhkan Barisan Nasional apabila Barisan Nasional sekarang juga didalam keadaan yang lemah salepas Pilihanraya kedua belas yang baru lalu. Tidak ada persefahaman dikalangan anggota parti parti komponen dan seolah olah tidak ada semangat hormat menghormati.

Penulis menerangkan bahawa proses regenerasi yang sedang berlaku didalam parti parti komponen sekarang akan lebih menyulitkan pengukuhan Barisan Nasional. Ia memerlukan seorang yang berpengalaman dan “authoritative” untuk memandu perpaduan kaum kearah yang hendak diperjuangkan oleh Barisan Nasional.

Orang lama saperti YBM Tengku Razaleigh boleh memainkan peranan yang penting didalam aspek ini. Peranan ini telah dilaksanakan dengan penoh berkesan oleh Allahyarham Tun Ghafar Baba semasa beliau masih hidup lagi. Pemimpin pemimpin Barisan Nasional perlu rujukkan kepada pengasas pengasas Barisan Nasional dan mereka yang telah terlibat dengan pimpinan Barisan Nasional dan Kerajaan semenjak Kemerdekaan lagi.

Orang lama yang masih hidup boleh beritahu mereka bahawa segala persefahaman dan kesepakatan ini telah dicapai demi untuk menyelamatkan Malaysia dan semua rakyat nya bukan untuk perjuangan sesuatu kaum semata mata. Perjuangan kaum adalah didalam konteks menyelesikan masaalah sosial dan ekonomi kaum itu didalam parti masing masing dengan “consensus” yang dicapai diperingkat tertinggi Barisan Nasional.

Tuan Haji Redhuan pun mengetuk pintu untuk memaklumkan bahawa sudah sampai waktu untuk appointment YBM Tengku yang seterusnya. Waktu menunjukkan tepat pada jam 5-00 petang. Satu jam telah berlalu dengan begitu pantas sekali dan penulis berasa sukacita kerana telah dapat bersua muka dengan YBM Tengku satelah sekian lama dan YBM Tengku pun berasa gembira kerana telah dapat mendengar pandangan pandangan dari penulis.

Disediakan oleh: Datuk Naim Mohamad

Pada 1 hb November, 2008.