Habuan RM1j bakar semangat
Oleh Meor Hisham Zulkifli
Kerajaan turut janji pencen RM5,000 sepanjang hayat jika emas dalam tangan
SEMANGAT membara skuad badminton memburu emas di Olimpik Beijing Ogos depan semakin menyala ekoran keputusan menawarkan ganjaran RM1 juta selain pencen bulanan sebanyak RM5,000 sepanjang hayat.
Sambil menyifatkan tepat pada masanya, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Mohd Nadzmi Salleh, berkata ia bersesuaian dengan status kejohanan dan sudah pasti mereka yang meraih pingat perlu juga mendapat pengiktirafan bertaraf dunia.
"Kita mengharapkan pengumuman ini dapat menjana lagi semangat atlit negara untuk meraih emas kerana badminton ketika ini berada pada kedudukan baik untuk meraih pingat termasuk mendapat emas.
"Skuad negara memiliki pemain perseorangan yang mantap selain gandingan beregu yang bertaraf dunia yang mampu mencipta kejutan di
Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan insentif kemenangan Olimpik dengan menawarkan RM1 juta untuk pingat emas, RM300,000 (perak) dan RM100,000 (gangsa) berserta dengan pencen RM5,000 untuk emas, RM3,000 (perak) dan RM2,000 (gangsa).
riadah tetapi Sementara itu, Timbalan Presiden Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (MNCF), Datuk Naim Mohamad, berkata ini adalah pengiktirafan negara buat ahli sukan yang meraih pingat selepas segala pengorbanan yang dicurahkan atlit negara.
"Ia juga bermakna sukan kini sudah mampu memberikan masa depan yang lebih cerah untuk rakyat negara ini kerana mereka diberikan pencen yang lumayan selepas menabur bakti kepada negara.
"Kita mengharapkan langkah ini juga mampu menarik minat lebih ramai ibu bapa menggalakkan anak mereka supaya menceburkan diri dalam sukan bukan saja untuk bagi mengharumkan nama negara.
"Bagi MNCF, kehadiran pelumba muda, Azizulhasni Awang, mampu memberi sinar kepada sukan ini di Beijing kelak dan mungkin dia boleh memberikan sesuatu untuk skuad negara nanti," katanya yang turut gembira, lumba basikal kini turut dimasukkan sebagai sukan teras.
Sementara itu, Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, Datuk Zainal Abu Zarin, berkata pihaknya turut bersyukur kerajaan menawarkan imbuhan RM300,000 (emas), RM200,000 (perak) dan RM100,000 (gangsa untuk atlit kurang upaya di Paralimpik Beijing kelak.
"Ia adalah satu penghargaan buat kami tetapi pada masa sama, atlit kami akan membuktikan bahawa sukan kurang upaya, tetap mempunyai taraf dan prestij yang sama dengan sukan normal," katanya.