Anak Malaysia

Tuesday, July 27, 2010

Sebuah impian yang akan menjadi kenyataan

Velodrom Nilai bertaraf dunia


AHMAD SHABERY (berdiri lima dari kiri) dan Zolkples (berdiri empat dari kanan) sempat bergambar dengan barisan pelumba negara ketika melawat pusat latihan mereka di Melbourne semalam.


MELBOURNE - Kerja-kerja pembinaan sebuah velodrom tertutup bertaraf dunia di Nilai, Negeri Sembilan akan bermula tidak lama lagi.

Demikian tegas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata, kerajaan ingin mele- takkan Malaysia di peta sukan berbasi- kal dunia dengan menganjurkan kejoha- nan antarabangsa.

"Apabila velodrom itu siap dalam tempoh kira-kira 12 bulan, kami akan membida untuk menganjurkan Kejohanan Lumba Basikal Asia dan kejohanan anta- rabangsa lain," kata Ahmad Shabery.

Beliau berkata demikian selepas meninjau Pusat Sukan Antarabangsa Darebin berharga A$16 juta (RM44.8 juta) yang menempatkan Pusat Boling Victoria, Velodrom Berbasikal Tertutup dan Pusat Bola Sepak Negeri di sini semalam.

Velodrom itu, sebuah daripada bebe- rapa kemudahan seumpamanya di Victoria dan yang kedua di Melbourne, mempunyai trek basikal tertutup sepan- jang 250 meter yang dapat menempat- kan lebih 500 penonton dan ruang berdiri bagi 400 penonton.

Ahmad Shabery, yang diiringi Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong dan 10 anggota kontinjen pelumba basikal Malaysia yang berlatih di sini berkata, Malaysia yang kini berada di ranking ketiga di Asia selepas Jepun dan Korea, berhasrat untuk menduduki tempat teratas.

"Beberapa pelumba basikal kami yang kini berlatih di Melbourne bekerja keras untuk mencapai ranking dunia. Mereka sangat berdedikasi dan komited.

"Kami telah mendapatkan khidmat jurulatih lumba basikal yang terbaik dari Australia, John Beasley dan beliau bekerja sepenuh masa dengan pelumba kami," katanya.

Ahmad Shabery berkata, kompleks sukan di Nilai akan dibangunkan secara usaha sama dengan Sime Darby.

Ia juga akan menjadi pusat sehenti bagi beberapa akademi termasuk badminton dan sukan lumba basikal. Sektor swasta akan mengendalikan golf dan tenis.

Menteri Belia dan Sukan itu turut me- lawat lokasi penginapan pelumba Malaysia di bekas Kampung Sukan Koman- wel di pinggir bandar Parkville.

"Anda mempunyai tempat tinggal yang sangat baik di sini," katanya kepada pelumba basikal negara.

"Saya harap saya pun dapat tinggal di rumah seperti ini semasa saya belajar dulu," katanya.

Ia membabitkan kos A$25,000 (RM70,000) sebulan untuk perbelanjaan makanan dan tempat tinggal 10 pelumba basikal negara. - Bernama

Monday, July 26, 2010

Sunday morning at KGNS

Naim Mohamad
Wan Aziz, Dato Zainal Azmi and Hamdan Chambari

Saturday, July 10, 2010

Kekawan sedang bermain golf di KGNS.

Dato Rosli Hussein, Mohd Nor Ayub, Mahmud Zainuddin dan Hj Nasib Sarpin sedang putting di lubang nombor 9 di Putra Course Kelab Golf Negara Subang, Kelana Jaya. Selangor. Malaysia.

Didalam kekusyukkan mereka bermain mereka perasan juga ada paparazzi ambil gambar mereka.

Dah selesai sembilan lubang. Awan nampak nya tebal dan gelap. Sempat habis tak habis ALLAH Hualam.