Anak Malaysia

Monday, October 10, 2011

Saturday, October 8, 2011

Berita Gembira untuk warga sukan dalam budget 2012

“Belanjawan 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam mesra rakyat dan benar - benar menepati keperluan Kementerian Belia dan Sukan (KBS),” kata Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Melihat Bajet 2012 yang diumumkan oleh Perdana Menteri di Parlimen semalam sebagai memartabatkan sukan negara.

Shabery berharap tambahan RM30 juta bagi program mengasah bakat atlet muda dapat melahirkan lebih ramai pelapis dalam arena sukan, terutama bagi sukan berprestasi tinggi termasuk bola sepak, badminton, skuasy, tenpin boling, acara terjun, memanah dan lumba basikal.

“Program mengasah bakat atlet muda memang amat diperlukan memandangkan kita semakin kehilangan pelapis yang benar-benar boleh menggantikan nama-nama besar seperti Datuk Lee Chong Wei dalam sukan badminton dan Datuk Nicol David bagi skuasy.

“Malah dengan adanya peruntukan bernilai RM84 juta ini, saya percaya ianya akan meningkatkan lagi prestasi atlet untuk bersaing dan berjaya dalam kejohanan sukan di peringkat antarabangsa terutama dalam melayakkan diri ke Sukan Olimpik,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Bagi memastikan matlamat Satu Gelanggang Satu Mukim dapat dicapai, bajet kali ini, turut mengambil kira kemudahan rakyat dengan peruntukan RM15 juta bagi membina gelanggang futsal.

Dalam masa sama, memperuntukan RM50 juta bagi kemudahan padang tiruan atau artificial turf yang dilengkapi dengan lampu limpah diseluruh 30 lokasi terpilih seluruh negara turut disediakan.

“Dengan terbinanya 1,100 gelanggang futsal diseluruh negara, matlamat ini dilihat sebagai satu pendekatan baru yang membawa banyak faedah terutama kepada golongan muda yang tinggal dikawasan pedalaman.

“Kita berharap baki 527 gelanggang yang sedang dalam pembinaan ini akan dapat meningkatkan aktiviti riadah bukan sahaja dalam sukan futsal, malah sukan-sukan lain seperti sepak takraw dan bola jaring,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad turut, menyambut baik berita tersebut dan yakin Bajet 2012 itu, dapat merangsang prestasi atlet terutama dalam mengejar pingat emas di Olimpik 2012.

“Jika sebelum ini Bajet hanya lebih tertumpu kepada sukan bola sepak, namun apa yang dibentangkan oleh Perdana Menteri terutama bagi program sukan berprestasi tinggi dilihat banyak memberi manfaat kepada seluruh warga sukan,” katanya.

Sunday, October 2, 2011

CDM 26th Sea Games Indonesia 2011 Seminar 19th August,2011

Cafe Crumbs soft launching in Lucky Garden, Bangsar

The Family members

Yeusoff and Naim watched by Rachel

Saturday, October 1, 2011