Anak Malaysia

Thursday, October 24, 2013

Majlis Pelancaran Kelab Kayuh SMK Jugra - Program printis berbasikal kesekolah sekolah bermula

 Pengetua Puan Hjh Zaleha Hashim merasmikan pelancaran Kelab Kayuh SMK Jugra

 Para peserta Kelab kayuh SMK Jugra

 Peserta peserta sedang mendengar taklimat
Peserta sedang menjalani latihan amali

Tahniah diucapkan kepada Pengetua dan warga tenaga pengajar dan pentadbiran SMK Jugra serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan juga pelajar pelajar yang telah bersama sama menjayakan pelancaran Kelab Kayuh SMK Jugra pada pagi ini, 24hb Oktober, 2013.

Sunggoh bersejarah pada pagi yang mulia ini kerana buat pertama kalinya aktibiti sukan berbasikal menapak secara rasminya ke sekolah. Program rintis ini yang juga dilaksanakan diempat buah sekolah lain di Kuala Lumpur dan Putrajaya merangkumi projek rintis yang telah sama sama dipersetujui dengan Jabatan Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia. Dengan panduan dan bimbingan serta nasihat daripada Pengarah Puan Ee Chong dan kerjasama Guru Guru Besar dan Pengetua Pengetua sekolah yang terlibat, maka hari ini, sukan berbasikal akan dapat dinikmati oleh pelajar pelajar sekolah.

Projek printis yang melibatkan dua buah Sekolah di Putrajaya, dua buah Sekolah diSelangor dan sebuah Sekolah diKuala Lumpur akan berlangsung selama tiga bulan hingga akhir bulan November. Program ini telah bermula semenjak Bulan September, 2013. Jika projek printis ini berjaya, sejumlah 240 buah sekolah akan memulakan program berbasikal ini pada tahun 2014.

Diharapkan, bermula dari tahun 2015, semua Sekolah diMalaysia akan dapat melaksanakan Kelab Kayuh masing masing.

Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia bersama sama dengan Komuniti Kayuh Malaysia dan Kementerian Pendidikan akan melaksanakan program berbasikal ini dengan tujuan dan matlamat:-

1. Memberi pendedahan sukan berbasikal kepada pelajar dan guru melalui aktibiti Kelab Kayuh Sekolah.
2. Memperkenalkan sukan berbasikal disekolah melalui Program Cycling in Schools.
3. Mendidik pelajar tentang kemahiran asas dan juga ciri ciri keselamatan, pertandingan dan kayuhan ramai.
4. Melahirkan athlet berbasikal bertaraf Daerah, Negeri, Kebangsaan, Serantau, Benua, Dunia dan hingga         keperingkat Olimpik.
5. Melaksanakan program gaya hidup sihat dan projek cergas serta program satu murid satu sukan.

Selain dari membina keyakinan diri dan sifat bertanggong jawab kepada murid murid, projek printis ini juga akan menurunkan ilmu kejurulatihan kepada guru guru sebagai jurulatih berbasikal peringkat sekolah.
Melalui aktibiti Kelab Kayuh, kualiti kepimpinan akan dapat diamalkan dan kecekapan serta kebolehan mengurus dan mentadbir akan dapat disemaikan kepada anggota anggota Kelab Kayuh. 

Senarai Ahli Jawatankuasa Kelab Kayuh SMK Jugra.
Pengertua: Puan Hjh Zaleha binti Hashim
Guru penasihat:
Cik Hjh Hanizam binti Kassim
Puan Hamidah biuti Ramlan
En Mohd Hazruhapizu bin Husain
En Ahmad Ikhwan bin Mohd Sabri
Puan Haslina binti Amin Nordin
Puan Nor Hanna binti Shamsuddin

Pengerusi: Mohd Idham bin Azhar
Naib Pengerusi: Halimatun Saadiah binti Rahman
Setiausaha: Muhammad Haziq Danial bin Zanurin
Naib Setiausaha: Nur Amirah binti Nurismain
Bendahari: Nor Alisa Syabella binti Shariff
Naib Bendahari: Iza Sofea binti Mohd Shafie
Ahli ahli Jawatankuasa:
Muhammad Amirul bin Mustakim
Muhammad Norfarizal bin Syamsir
Nur Idayu binti Syamsul
Nurul Ain binti Abu Bakar
Nurul Natasya binti Effendy

Program printis berbasikal disekolah sekolah ini akan dilaksanakan melalui jadual masa selama enam minggu dan akan meliputi perkara perkara 1) Brek dan Gear  2) Imbangan atas basikal  3) Membelok Basikal 4) Ujian tahap pertama  5) Kayuhan berkumpulan  6) Ujian Tahap Akhir.

Tahniah SMK Jugra.

Salam hormat,
Datuk Naim Mohamad
Penasihat Program Berbasikal DiSekolah Sekolah Malaysia.